Cendawan susu harimau (Lignosus rhinocertus) dari famili Polyporaceae adalah cendawan yang mempunyai sifat yang unik dimana cendawan ini hanya dijumpai satu kuntum sahaja dalam satu-satu kawasan di habitat liar. Jarak pertumbuhan antara satu kuntum dengan satu kuntum yang lain adalah lebih kurang 5 kilometer.
Cendawan ini mempunyai payung berwarna perang kemerahan pada bahagian atas dan berwarna putih pada bahagian bawah. Payung ini keras seperti kayu. Batang cendawan ini padat dan juga berkulit keras.
Tidak seperti cendawan yang lain, bahagian yang boleh dimakan hanyalah pada bahagian ubinya yang dikenali sebagai sclerotium. Ubi ini mempunyai banyak khasiat dalam perubatan dan dikatakan mampu untuk mengubat pelbagai penyakit seperti demam, lelah, batuk, keracunan makanan, luka dan pelbagai lagi.
Ubinya berwarna perang kehitaman, keras dan berkedut-kedut. Isi ubi ini berwarna putih dan padat.
Ubi ini akan terbentuk dan terbenam didalam tanah. Apabila keadaan sesuai, cendawan akan tumbuh dan muncul dari tanah.
Diantara cara yang mudah untuk menggunakan ubi ini ialah dengan mengikis bahagian ubi yang putih, dan campur dalam air , setelah itu air campuran ini diminum.
Namun dengan kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak, cendawan susu harimau kini sudah boleh dibiakkan bagi tujuan komersil.
#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
Showing posts with label cendawan susu harimau. Show all posts
Showing posts with label cendawan susu harimau. Show all posts
Friday, September 20, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
-
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam ju...