Monday, August 10, 2020

BUAH POKOK KARI (Murraya koenigii) BERACUN?

Pokok kari (Murraya koenigii) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutama dalam membangkitkan aroma gulai kari! Selain itu, daunnya yang muda juga sering dijadikan ulam-ulaman untuk dimakan bersama nasi putih bagi meningkatkan selera makan.


Daun Kari.. Inilah 7 Khasiat Luar Biasa Daun Kari Untuk Kesihatan ...


Pokok ini boleh didapati di kawasan tropika dan sub-tropika. Pokok ini boleh dibiakkan melalui keratan batang atau melalui biji benih. Namun, bagi pokok yang sudah tua, pokok baru akan keluar melalui tunas akar.

Mungkin kita kurang mengambil perhatian bahawa pokok kari ada mengeluarkan bunga yang kecil dan wangi berwarna putih. Bunga ini akan didebungakan oleh serangga termasuk kelulut. Kelulut Geniotrigona thoracica pernah dirakam mengkerumuni bunga pokok kari bagi mengambil nektar. 


Kudup bunga pokok kari




Bunga pokok Kari 


Kelulut Geniotrigona thoracica mengambil nektar dari bunga pokok kari.
(Gambar ihsan en Mohammad Izzat)



Image result for murraya koenigii floral diagram | Floral, Image ...
Diagram bunga pokok kari 
(Gambar sumber google)


Bunga ini akan menghasilkan buah beri pokok kari yang berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada warna hitam ketika sudah masak. Buah yang masih muda agak keras, manakala buah yang sudah masak mempunyai isi yang lebut dan manis! Perlu diingatkan bahawa, isi buah boleh dimakan tapi biji buah ini beracun dan perlu dibuang.


Buah pokok kari


Buah yang telah matang


Isi buah pokok kari yang lembut dan manis. Awas! Jangan makan bijinya.


Biji benih dari pokok kari ini tidak boleh dimakan kerana beracun. Ia mangandungi minyak pati antibakteria dan antikulat yang digunakan dalam industri minyak wangi. 
Wallahulam.

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

11/8/2020

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...