Showing posts with label lalat buah. Show all posts
Showing posts with label lalat buah. Show all posts

Friday, November 20, 2020

LALAT BUAH; MUSUH UTAMA BUAH-BUAHAN

Terdapat kira-kira 4,000 spesis lalat buah yang meliputi kawasan tropika, subtropika dan ilkim sederhana. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 100 spesies lalat buah telah direkodkan. 

Lalat buah adalah serangga jenis polifagus (polyphagous) yang memakan pelbagai jenis makanan dan menyebabkan kerosakan kepada berbagai jenis buah-buahan. Lalat buah termasuk dalam order Diptera dan famili Tephritidae. 

Antara spesis lalat buah yang terdapat di Malaysia ialah:
Bactrocera papayae;
Bactrocera carambolae;
Bactrocera cucurbitae;
Bactrocera umbrosa;
Bactrocera latifrons (Oriental Fruit Fly) dan lain-lain.



MENGENAL LALAT BUAH JANTAN DAN LALAT BUAH BETINA

Amat mudah untuk mengenali perbezaan diantara lalat buah jantan dan lalat buah betina. Abdomen pada lalat buah jantan berbentuk bulat, manakala abdomen pada lalat buah betina terdapat ovipositor. 

                        Lalat buah jantan

                         Lalat buah jantan

                        Lalat buah betina. 

                         Lalat buah betina


Ovipositor pada lalat betina digunakan menyucuk bahagian kulit buah dan seterusnya meletakkan telur-telur yang telah disenyawakan. Perbezaan ciri keduanya boleh dilihat jelas didalam video di http://bit.ly/NHSchannel.


Lalat buah tidak berupaya untuk makan makanan yang  pepejal. Mereka memerlukan makanan dalam bentuk cecair agar mudah dicernakan. Sumber makanan untuk lalat buat ialah manisan yang dihasilkan oleh daun, nektar, jus dari buah-buahan yang rosak dan honeydew.

Kedua-dua lalat buah turut memerlukan protin sebagai makanan untuk meningkatkan kematangan bagi tujuan pembiakan. Protin amat penting bagi lalat betina untuk penghasilan telur yang subur. Semakin banyak sumber protin diperolehi oleh lalat buah betina, semakin banyak telur dapat dihasilkan.

Sumber utama protin bagi lalat buah adalah termasuk najis burung dan bakteria yang terdapat diatas permukaan daun.



KITARAN HIDUP LALAT BUAH

Lalat buah mempunyai empat peringkat hidup iaitu peringkat telur, peringkat larva, peringkat pupa dan peringkat dewasa. Lalat buah jantan dan betina akan matang dalam tempoh 10 ke 14 hari setelah dewasa. 

Lalat buah dewasa mampu terbang jauh mencari pandangan untuk mengawan atau kawasan bertelur yang sesuai. Lalat buah aktif diwaktu pagi dan cepat membiak pada suhu yang agak panas dengan kelembapan yang tinggi. 


                    Kitaran hidup lalat buah

Lalat betina dewasa bertelur dibawah lapisan epidermis buah yang matang atau telah masak dengan menggunakan ovipositor yang berbentuk jarum.

Lalat buah betina sedang memasukkan telur dalam buah melalui ovipositornya


Lalat buah betina meletakkan telurnya sama ada secara sebiji k- sebiji atau dalam kumpulan 4 -10 biji. Telur ini berwarna putih dan berbentuk tirus dan licin, akan menetas selepas 2 ke 3 hari.

Gambar ini menunjukkan kedudukan telur lalat buah dilapisan epidermis buah epal. Cuba perhatikan lubang bekas tusukan ovipositor lalat betina ketika memasukkan telur, telah tertutup! Maka kita tidak dapat mengenalpasti buah yang telah diserang lalat buah. 

Larva yang menetas berwarna putih akan mengorek masuk ke dalam buah dan memakan isi buah. Buah akan menjadi berair, lembik, buruk dan gugur.

Ketika didalam buah yang diserang, larva lalat buah akan melepasi tiga peringkat tumbesaran larva (peringkat instar). Ketika peringkat pertumbuhan larva, larva-larva ini akan makan tanpa henti.

Larva yang telah cukup matang berwarna kekuning-kuningan akan keluar dari buah dan masuk ke dalam tanah untuk menjadi pupa. Peringkat pupa biasanya berada sedalam 50 ke 80 mm didalam tanam disekitar pangkal pokok yang diserang. Pada peringkat pupa, ia tidak lagi memerlukan sumber makan. Tenaga digunakan untuk pertukaran dari larva ke bentuk pupa dan akhirnya peringkat dewasa. 

Selepas 8 ke 12 hari, pupa akan bertukar menjadi lalat dewasa. Kitaran hidup lalat buah adalah dalam sekitar 22 hari sahaja.

Boleh klik disini untuk membaca topik perangkap lalat buah jantan menggunakan kaedah botol terbuang dan tanpa menggunakan racun. 

Klik disini untuk topik Kawalan LALAT BUAH JANTAN menggunakan methyl eugenol dan cure lure; kaedah perangkap steiner

#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia

20/11/2020

Tuesday, October 29, 2019

BUNGA PEACE LILY (Spathiphyllum spp.) MENARIK SERANGGA KECIL TERMASUK KELULUT DAN LALAT BUAH

Pokok peace lily (Spathiphyllum spp.) menyerupai pokok jenis Anthurium. Pokok ini sesuai ditanam didalam bangunan dan digunakan untuk membaiki kualiti udara dalam bangunan. Ia dikatakan mampu mengurangkan kadar toksik dari bahan seperti formaldehida, ammonia dan karbon monooksida.


Bunga peace lily ini mengeluarkan bauan yang wangi kuat yang terdiri dari methyl eugenol dan komponen-komponen kimia yang lain. Bau ini akan menarik serangga-serangga untuk membantu melakukan pendebungaan seperti kelulut, lalat dan kumbang; malah ia turut menyebabkan beberapa spesis lalat buah jantan akan tertarik untuk mengerumuni bunga ini.

Semasa dalam kesibukan membuat persiapan di miracle garden laman Florikultur MAHA 2018, akak terpandang beberapa ekor kelulut  Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica mengerumuni bunga peace lily bagi mendapatkan debunga pada bahagian tengah bunga berkenaan.

Kelulut dan lalat buah merupakan serangga agen pendebungaan kepada pokok peace lily ini. Dan pada masa yang sama, memandangkan pokok ini mampu menarik perhatian lalat buah, ia boleh dijadikan sebagai tanaman perangkap (trap plant) bagi mengurangkan populasi lalat buah dikawasan yang mengamalkan kaedah organik. Namun, penggunaan racun masih perlu digunakan untuk membunuh lalat buah jantan yang mengunjungi pokok peace lily!

Maklumat dalam Table 1 dibawah, akak ambil dari jurnal yang bertajuk Attraction of flowering plants to fruit fly males. Hasil penulisan Namee J dan Tigwattananonts yang diterbitkan oleh International Jurnal of Agricultural Technology 2017 Vol.13 (7.3): 2585-2589.

Dalam jurnal berkenaan dinyatakan bahawa hanya beberapa spesis lalat buah jantan tertarik kepada bau yag dihasilkan oleh bunga peace lily ini. Dan sekiranya pokok peace lily ini digunakan sebagai pokok perangkap dalam kawalan lalat buah, pemerhatian masih perlu dilakukan untuk mengintegrasikan penggunaan kaedah yang lain dalam kawalan lalat buah dari spesis yang berbeza.

Bco= Bactrocera correcta; 
Bdo= Bactrocera dorsalis;
Bcu= Bactrocera cucurbitae;
Bta= Bactrocera tau




#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia


 

Tuesday, September 10, 2019

KAWALAN LALAT BUAH JANTAN MENGGUNAKAN METHYL EUGENOL DAN CURE LURE; KAEDAH PERANGKAP STEINER

Terdapat pelbagai kaedah dalam kawalan lalat buah. Kali ini, saya ingin berkongsi maklumat bagaimana mengawal lalat buah menggunakan bahan pemikat yang menyamai bau feromon yang dihasilkan oleh lalat buah betina untuk mengawan; iaitu methyl eugenol dan cure lure.

Pelbagai perangkap yang boleh digunakan menggunakan kedua bahan ini tapi kali ini saya akan kongsi bagaimana menggunakan perangkap kaedah steiner.

Penggunaan kedua bahan pemikat ini adalah untuk menarik perhatian HANYA LALAT BUAH JANTAN yang menyangka bauan tersebut terhasil dari lalat betina yang ingin mengawan. Terima kasih Abe Put Azmi dari Biosekuriti Titi Gantong diatas perkongsian serta persediaan bahan.

Kaedah:

1. Titiskan methyl eugenol atau cure lure yang telah dicampur racun serangga pada nisbah 4:1  (contoh: 4ml bahan pemikat dicampur dengan 1ml racun serangga) pada kapas yang disediakan dan dimasukkan ke dalam perangkap steiner.




2. Perangkap steiner perlu diletakkan sejauh 50 meter antara satu sama lain.




3. Periksa dan tambah titisan sekiranya ia telah kering lebih kurang 1 ke 2 minggu sekali bergantung kepada lokasi perangkap diletakkan.

Lalat jantan akan memasuki perangkap dan akan mati apabila terhidu racun berkenaan. Ini akan menyebabkan populasi lalat buah akan menurun kerana proses persenyawaan tidak atau kurang berlaku akibat kekurangan lalat buah jantan.

Saya akan kongsi kaedah penggunaan perangkap yang lain pada masa yang terdekat. In sya Allah.

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...