Showing posts with label kaedah. Show all posts
Showing posts with label kaedah. Show all posts

Sunday, September 15, 2019

POKOK SELASIH (Ocimum basilicum) SEBAGAI POKOK PERANGKAP DALAM KAWALAN POPULASI LALAT BUAH

Masa zaman kanak-kanak akak, akak sering mengambil pucuk daun selasih untuk.dibuat ulam cicah sambal nyor (sambal kelapa) manakala bijinya yang sudah tua, akak akan ambil untuk direndam didalam ais sirap. Aduhai...nikmat tak terkata apabila diminum semasa cuaca panas. Rupa-rupanya, pokok selasih ini juga boleh dijadikan perangkap semulajadi lalat buah (trap plant)! Subhanallah...

Pokok selasih terutama pada bahagian daun pokok ini mengandungi kandungan bahan seperti methyl chavicol, linalool, camphor, methyl cinnamate dan juga METHYL EUGENOL.

Bauan yang dihasilkan oleh pokok selasih ini mampu menarik lalat buah jantan untuk mengerumuni pokok selasih kerana Methyl eugenol menyamai feromon yang dirembeskan oleh lalat buah betina untuk mengawan.

Di atas kelebihan pokok selasih ini, ia sesuai untuk dijadikan sebagai pokok perangkap bagi memerangkap atau menarik minat lalat buah jantan.



Kaedah ini perlu diintegrasikan dengan kawalan kimia bagi membunuh lalat-lalat buah jantan yang sedang mengerumuni pokok berkenaan.

Maklumat tambahan, kelulut turut mengemari bunga selasih....


#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...