Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Sunday, May 1, 2022

RAMADAN 29: PUASA MENGURANGKAN KERADANGAN DALAM TUBUH

RAMADAN 29: PUASA MENGURANGKAN KERADANGAN DALAM TUBUH


.
Keradangan adalah sistem imun yang bertindakbalas dengan iritasi yang mungkin disebabkan oleh bakteria, virus,  objek luar, bahan kimia atau radiasi pada tubuh. Ia merupakan salah satu mekanisasi yang melindungi tubuh.
.
Keradangan juga merupakan proses dimana tubuh membaiki kecederaan pada sel atau tubuh.
.
Selain menghalang tubuh dari perkara yang disebut diatas, keradangan juga membawa impak yang negatif pada tubuh manusia. Ada kalanya keradangan berlaku disebabkan sistem imun yang berlawan dengan sel tubuh yang menyebabkan keradangan yang membahayakan tubuh.
.
Keradangan merupakan punca kepada banyak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, angin ahmar, obesiti dan lain lain.
.
Keradangan boleh disebabkan oleh banyak faktor, salah satu daripadanya adalah diet yang tidak sihat, seperti banyak mengamalkan makanan yang diproses.
.
Makanan terproses menghasilkan banyak radikal bebas dan kekurangan nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Makanan yang mengandungi gula yang diproses (refined sugar), karbohidrat terproses, alkohol, tenusu dan makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan. Reaksi metabolik juga turut boleh menyebabkan keradangan.
.
Berpuasa mengurangkan keradangan dengan cara memperbaiki keseimbangan hormon dan menyebabkan sel badan lebih berdaya tahan terhadap stres oksidatif. Beberapa kajian menunjukkan bahawa puasa boleh menurunkan tahap insulin serta memperbaiki sensitiviti insulin seterusnya mengurangkan keradangan.
.
Puasa juga menyebabkan gen yang menghasilkan keradangan tidak berfungsi.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Friday, April 29, 2022

RAMADAN 28: PUASA MEMBUANG TOKSIK DARI TUBUH

RAMADAN 28: PUASA MEMBUANG TOKSIK DARI TUBUH


.
Secara semulajadi, tubuh sudah memiliki cara sendiri untuk mengeluarkan toksin dari tubuh ; seperti melalui  pembuangan air kecil, pembuangan air besar, dan mengeluarkan keringat.
.
Pakar kesihatan Amerika, Dr. Mehmet Cengiz Oz menyatakan bahawa ketika kita berpuasa dengan jadual makan yang teratur membuat proses detoksifikasi dalam tubuh lebih lancar dan optimal.
.
Ketika berpuasa, organ-organ tubuh yang lain tidak dibebankan dengan kerja yang berat. Penumpuan tenaga akan memudahkan proses pembuangan racun dalam tubuh atau detoksifikasi  berjalan dengan sempurna. 
.
Pelbagai jenis toksin yang tersimpan dalam lemak akan terpecah, kemudian dikeluarkan oleh tubuh. 
.
Organ yang berperanan aktif dalam proses pembuangan toksin ini adalah organ hati dan saluran usus. Ketika berpuasa, usus akan membersihkan diri dan organ tubuh lainnya.
.
Dengan berpuasa, tubuh mampu menjalankan proses detoksifikasi secara semulajadi; dan seterusnya membantu penyerapan nutrisi dari makanan dengan lebih efektif.
.
Ketika berpuasa, tubuh memasuki fasa ketosis. Ketosis terjadi apabila tubuh kehabisan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga, sehingga akhirnya menggunakan lemak sebagai bahan bakar.
.
Lemak merupakan tempat tubuh menyimpan banyak toksin yang diserap dari berbagai makanan yang kita makan. Apabila lemak ini dipecahkan sebagai tenaga, toksin akan dikeluarkan dari tubuh.
.
Bagi memastikan proses detoksifikasi berjalan dengan baik ketika berpuasa, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan bagi mengekalkan keefektifan kesan berpuasa pada tubuh:
.
✅ Tidur yang mencukupi dan berkualiti. Sepanjang kita tidur, proses detoks dari toksin akan berlaku dalam tubuh. Tidur akan membantu tubuh mengeluarkan toksin ketika kita tidur.
.
✅ Minum air kosong yang mencukupi. Tidak hanya membantu  melancarkan proses detoksifikasi, air kosong juga akan membantu melancarkan pencernaan dan memperbaiki penyerapan nutrisi.
.
✅ Perlu kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat,gula, garam, dan makanan segera.
.
✅ Banyakkan makan makanan yang mengandung antioksidan tinggi. Antioksidan dapat melindungi sel-sel tubuh dari molekul yang dapat menyebabkan kerosakan bernama radikal bebas.
.
✅ Kekal aktif dengan berolahraga atau melakukan kegiatan yang akan membuat  lebih banyak bergerak.

www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

RAMADAN 27: KEGEMBIRAAN KETIKA BERBUKA PUASA

RAMADAN 27: KEGEMBIRAAN KETIKA BERBUKA PUASA


.
Puasa memberi kesan positif dari sudut psikologi selain kegembiraan ketika berbuka puasa.  
.
Kajian mendapati bahawa, dengan berpuasa akan mengaktifkan neuron yang menghasilkan hormon dopamin. Hormon dopamin juga disebut sebagai hormon mengawal emosi. Hormon ini akan meningkatkan perasaan yang lebih senang dan bahagia.
.
Ini juga diikuti dengan penghasilan hormon endorfin. Hormon endorfin ialah hormon yang menyebabkan kita rasa gembira akan dibebaskan oleh otak apabila kita berbuka puasa.
.
Apabila kita berpuasa, kurang toksin yang mengalir dalam tubuh dan sistem limpatik kita. Keadaan ini menyebabkan otak kita lebih fokus. Tenaga ketika berpuasa juga disalurkan untuk kegunaan otak.
.
Dalam satu kajian yang lain menggunakan positron emission tomography (PET) bagi menganalisa radioaktiviti yang dihasilkan oleh otak beberapa orang peserta yang berpuasa.
.
Dalam kajian berkenaan, didapati kesemua peserta menghasilkan "endogenous opioids". Peserta yang diberi makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak lebih menjurus kepada mencapai "kepuasan" makan makan berkenaan. Manakala, peserta yang diberi minuman bernutrisi tinggi menghasilkan lebih banyak hormon endorfin.
.
Secara ringkasnya, apabila kita berpuasa, kita akan menikmati rasa gembira ketika berbuka puasa. Pemilihan makanan yang bernutrisi tinggi adalah lebih baik untuk kesihatan mental dan tubuh yang berpanjangan.
.
www wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Wednesday, April 27, 2022

RAMADAN 26: PUASA MENINGKAT MICROBIUM BERFAEDAH DALAM USUS

RAMADAN 26: PUASA MENINGKAT MICROBIUM BERFAEDAH DALAM USUS
.


Usus manusia mengandungi trillions mikroorganisma yang mana komposisi dan struktur adalah berubah bergantung kepada perubahan diet, alam sekitar, genetik, perubatan dan gaya hidup.
.
Puasa dibulan Ramadan telah memberi kesan yang baik dalam meningkatkan kesihatan manusia; termasuk menurunkan berat badan, menurunkan kolestrol dan menurunkan kadar gula dalam darah.
.
Kajian juga menunjukkan, selepas bulan Ramadan, terdapat peningkatan bilangan bakteria baik dalam usus, malah turut meningkatkan kepelbagaian spesis serta diversiti microbiome ini yang akhirnya menyumbang kepada usus yang lebih sihat.
Subhanallah ‼️
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

RAMADAN 25: PUASA MENGURANGKAN PARAS KOLESTROL

RAMADAN 25: PUASA MENGURANGKAN PARAS KOLESTROL


.
Kajian yang yang dimuat dalam Annals of Nutrition and Metabolism menyatakan bahawa puasa di bulan Ramadan berpotensi untuk  meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL). 80 peratus kolesterol dalam darah dihasilkan oleh hati.
.
Kolesterol ialah sejenis sebatian yang terdapat di hampir seluruh sel di dalam badan. Ia terbahagi kepada:
✅ Low density cholesterol (LDL) atau digelar
      kolesterol “jahat”.
✅ High density cholesterol (HDL) atau
      kolesterol “baik”.
✅ Trigliserida.
.
Kadar kolestrol dapat diturunkan dengan efektif dengan berpuasa. Kajian membuktikan penurunan yang signifikan pada trigliserida dan LDL apabila seseorang berpuasa. Kadar HDL juga sedikit menurun tapi tidak terlalu signifikan.
.
Ketika berpuasa, badan akan menggunakan asid lemak yang diuraikan daripada trigliserida untuk menghasilkan tenaga. Jadi, simpanan trigliserida akan berkurang. Trigliserida diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol. Seterusnya kadar LDL juga akan menurun.
.
Puasa membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (high-density lipoprotein cholesterol HDL), sekaligus meningkatkan human growth hormone (HGH). HGH atau hormon pertumbuhan ini berperanan melindungi otot dan keseimbangan metabolisme seseorang.

Secara ringkasnya, ketika berpuasa:
✅ Berat badan menurun.
✅ Berat badan kekal tanpa lemak.
✅ Ukur lilit pinggang berkurang.
✅ Sedikit perubahan pada HDL.
✅ Pengurangan trigliserida.
✅ Pengurangan LDL.
.
Semua kesan ini hanya akan berlaku apabila kita mengamalkan makanan yang sihat sepanjang kita berpuasa.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Tuesday, April 26, 2022

RAMADAN 24: PUASA MENINGKATKAN PEMGHASILAN HORMON TUMBESARAN DAN SETERUSNYA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

RAMADAN 24: PUASA MENINGKATKAN PEMGHASILAN HORMON TUMBESARAN DAN SETERUSNYA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN


.
Didalam tubuh kita terdapat satu hormon yang dipanggil sebagai hormon tumbesaran atau growth hormone (GH). Ketika zaman kanak-kanak, GH adalah untuk kanak-kanak membesar. Dan apabila kita sudah dewasa, GH berfungsi untuk mengekalkan protin didalam tubuh.
.
Diantara fungsi GH ialah:
✅ Menguatkan tulang
     (mengekalkan kalsium
      tulang)
✅ Membina otot (mengelak
     kehilangan otot)
✅ Membakar kalori dan
      seterusnya membantu dalam
      penurunan berat badan.
✅ Membantu menstabilkan
      gula dalam darah.
✅ Meningkatkan sistem imun
      tubuh
✅ Membantu keaktifan tubuh
      dan antipenuaan.
✅ Membantu pertumbuhan,
      penghasilan dan
      pembaharuan sel
✅ Meningkatkan kualiti tidur
✅ Meningkatkan fungsi kognitif
      (daya ingatan, fokus)
.
Apabila kita sudah memasuki usia 45 dan 50, penghasilan GH semakin berkurangan. Ada beberapa perkara yang mempengaruhi penghasilan GH. Diantaranya ialah tidur yang mencukupi, vitamin D dari matahari, pengambilan karbohidrat yang rendah, kawalan stress, senaman berimpak tinggal dan PUASA‼️
.
Penghasilan GH akan berkurangan apabila kita tidak cukup tidur, pengambilan gula yang berlebihan, stress (kortisol) dan lain-lain.
.
Mengikut kajian, penghasilan GH ketika bersenam adalah sebanyak 450 hingga 700%. Manakala, penghasilan GH ketika berpuasa ialah; 1300% oleh wanita dan 2000% oleh lelaki.
.
Subhanallah ...
Alhamdulillah...
Tabarakallah....
Terlalu banyak manfaat puasa untuk tubuh kita.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

RAMADAN 23: SENAMAN KETIKA BERPUASA

RAMADAN 23: SENAMAN KETIKA BERPUASA
.


.
Sesungguhnya puasa bukanlah alasan untuk kita tidak kekal aktif dan cergas.

Namun bagaimanapun, aktiviti senaman wajar dikurangkan atau dihentikan terus sepanjang Ramadan bagi merehatkan badan yang sudah aktif sepanjang tahun. Ini juga akan membolehkan badan membaiki setiap kerosakan yang berlaku sebelum ini pada badan kita.
.
Kekuatan dan keupayaan setiap individu adalah berbeza-beza. Terdapat masa yang paling sesuai bagi kita untuk bersenam di bulan puasa.
.
Di antara waktu yang sesuai untuk kita menjalankan aktiviti bersenam ialah:
.
✅ Selepas berbuka puasa
✅ Selepas solat terawih dan
✅ Sebelum bersahur.
.
Bersenam sebelum berbuka puasa merupakan waktu yang baik kerana kita tidak perlu bimbang akan mengalami paras gula dalam darah rendah atau dehidrasi.
.
Kita tidak perlu memaksa diri untuk melakukan sukan yang berlebihan bagi membakar lemak lebih banyak.
.
Waktu senaman perlu dihadkan kepada 30 hingga 45 minit sahaja untuk satu sesi selama 3 ke 4 kali seminggu.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Sunday, April 24, 2022

RAMADAN 22: BERAT PLATEAU KETIKA BERPUASA

RAMADAN 22: BERAT PLATEAU KETIKA BERPUASA


.
Akak yakin, ramai juga berharap agar dapat turunkan berat badan dalam bulan puasa ini. Malah ramai yang mengalami pengalaman berat badan turun laju pada minggu awal berpuasa, namun menjadi statik apabila masuk minggu kedua atau ketiga.
.
Ini adalah kerana, apabila kita berpuasa dan kurang pengambilan karbohidrat dan gula, tubuh akan mula menggunakan glikogen sebagai tenaga. Glikogen adalah gula (karbohidrat) yang berlebihan yang disimpan didalam hati dan otot.
.
Glikogen akan menyimpan air 3 kali ganda berat dari beratnya. Maka, ketika ini glikogen digunakan sebagai tenaga, air yang disimpan turut diturunkan. Dan ketika ini juga kita akan dapat melihat timbangan berat badan kita turun.

Komposisi otot dalam tubuh kita turut memainkan peranan dalam pembakaran kalori tubuh. Sebelum itu akak ingin memaklumkan bahawa, LEMAK TIDAK BOLEH DITUKARKAN MENJADI OTOT‼️

Otot adalah tisu yang dihasilkan dari sel-sel yang mempunyai mitokondria. Mitokondria inilah yang akan menghasilkan tenaga hasil dari pembakaran kalori untuk disalurkan kepada tubuh.
.
Lemak pula adalah komposisi kimia. Ia tidak mengandungi mitokondria. Maka, ia tidak menghasilkan tenaga, malah ia hanya menyimpan tenaga.

Apabila kita kurang mengambil protin yang mencukupi, kebarangkalian akan berlaku penyusutan otot pada tubuh kita. Dan ini juga adalah diantara penyebab penurunan metabolisma tubuh yang akan menyebabkan pembakaran kalori yang perlahan pada tubuh.

Berat plateau ini juga disebabkan oleh tubuh kita sudah mula beradaptasi dengan pengurangan kalori ketika berpuasa.....
.
www wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealrhylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Saturday, April 23, 2022

RAMADAN KE 21: PUASA MENGAKTIFKAN PROSES AUTOFAGI (AUTOPHAGY) TUBUH

RAMADAN KE 21: PUASA MENGAKTIFKAN PROSES AUTOFAGI (AUTOPHAGY) TUBUH


.
Ketika kita berpuasa, tubuh kita bukan sekadar melalui proses autolisis (rujuk posting akak sebelum ini) tetapi tubuh turut menjalani proses yang hebat yang dinamakan autofagi (autophagy)‼️
.
Apabila tubuh sedang berpuasa, ia akan menghantar isyarat kepada otak bahawa terdapat kekurangan makanan. Maka, ketika inilah proses autofagi akan diaktifkan‼️
Sel akan mula menyerang sel yang tua dan mati sebagai sumber protin.
.
Proses autofagi memerlukan keadaan yang kondusif untuk bertindakbalas. Apabila kita berpuasa, tubuh akan kekurangan makanan dan isyarat akan dihantar ke otak.
.
Paras insulin dalam darah ketika berpuasa adalah rendah dan diambil alih oleh glucagon.
.
Glukagon akan diaktifkan dan akan mula mencari sel-sel yang mati rosak dan mati didalam tubuh untuk dibersihkan. Glukagon ini HANYA akan diaktifkan apabila tubuh telah menjalani puasa selama 12 hingga 36 jam, diikuti dengan bekalan air yang cukup dalam tubuh.
.
Sebaik sahaja autofagi di rangsangkan, hormon tumbesaran turut dirangsang dan ia akan membantu menghasilkan sel tisu yang sihat dan cergas. Keadaan ini akan membantu mengawal radangan dan membina sistem imun.
.
Ahli sains dari Jepun, Dr Yoshinori Oshsumi’s pemenang hadiah  Nobel yang membuat kajian mengenai autofagi menunjukkan bagaimana  sel-sel rosak "makan diri sendiri" atau "musnahkan diri sendiri" bagi memastikan tubuh dalam keadaan baik. Setelah keadaan sel memusnahkan diri sendiri berlaku, peningkatan hormon tumbesaran akan membolehkan penghasilan sel-sel yang baru.
.
Autofagi tubuh adalah proses dimana tubuh membersihkan diri sendiri dari sel-sel yang rosak, sel-sel yang mati dan sel-sel yang tidak dapat dibaiki.
.
Ia adalah proses semula jadi dimana sel-sel yang baik menghasilkan membran yang akan memusnahkan sel-sel mati, sel-sel yang berpenyakit, sel-sel yang dijangkiti seterusnya akan memakan sel-sel berkaitan untuk dijadikan tenaga.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Friday, April 22, 2022

RAMADAN 20: PROSES AUTOLISIS KETIKA PUASA

RAMADAN 20: PROSES AUTOLISIS KETIKA PUASA


.
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Ketika berpuasa organ yang terdapat pada tubuh kita membersihkan “dirinya” dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.
.
Berpuasa juga membolehkan tubuh membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan serta memberikan kesempatan kepada sel-sel baru untuk dibaiki.
.
Melalui puasa, lebih mempercepat terbentuknya kembali (regenerasi) tunas-tunas protein, lemak, kolesterol, dan fosfat serta membersihkan sel-sel lemak yang menggumpal dalam hati. Inilah yang dinamakan proses autolisis.
.
Autolisis adalah proses pembuangan sel-sel yang mati atau rosak di dalam tubuh kita dan ia mempunyai 4 peringkat:
✅ Cleanse (Menbersihkan)
✅ 3 R: Recover (Menyembuhkan), Regenerate
      (Penghasilan baru), Repair (Membaiki)
✅ Detox and healing process (proses detok
      dan penyembuhan)
✅ Reborn (Hasil semula)
.
Ketika pada hari-hari biasa, badan perlukan tempoh 90 hari untuk perbaiki dalaman kita, tetapi ketika kita berpuasa, hanya perlukan selama 30 hari sahaja.
.
10 hari pertama, hanya 10% sahaja proses autolisis berlaku. Pada 10 hari kedua, sebanyak 66% autolisis berlaku dan pada 10 hari ke tiga, 100% autolisis berlaku pada tubuh.
.
Autolisis akan aktif apabila kadar glikogen darah berkurang dan otak menyimpulkan bahawa kita sedang lapar dan perlukan makanan namun kita berniat untuk tidak makan atau sedang berpuasa.
.
Proses autolisis yang sebenarnya akan bermula sebagai reaksi tubuh setelah dua atau tiga hari kita berpuasa.
.
Setelah dua atau tiga hari puasa, maka tubuh akan mulai mengeluarkan bahan toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh (proses detoksifikasi). Keadaan ini akan menyebabkan tubuh rasa lesu dan mengantuk diawal puasa.
.
Pada peringkat awal berpuasa, kita juga akan melalui fasa bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kuit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.
Subhanallah...
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Wednesday, April 20, 2022

RAMADAN 19: PUASA MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH

RAMADAN 19: PUASA MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH



Banyak kajian yang menunjukkan kesan positif puasa Ramadan ke atas sistem imun.
Dengan berpuasa, sel darah putih yang baru dapat dihasilkan dan seterusnya membantu meningkatkan keupayaan sistem imun bagi melawan jangkitan.
.
Ketika berpuasa tubuh akan menggunakan glukosa dan lemak  yang disimpan. Sel stem akan mula menghasilkan sel-sel baru dalam sistem imun.Puasa juga mengurangkan simptom keradangan kronik yang ada pada tubuh.  
.
Seperti yang kita tahu, puasa menguatkan sistem imun tubuh dan memperbaharui sel darah putih serta mampu mengurangkan keradangan dalam tubuh. Namun, keberkesanan ini bergantung kepada jenis makanan dan minuman yang diambil ketika bersahur dan ketika berbuka puasa ‼️
.
Pengambilan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka akan memberi impak yang positif kepada tubuh. Antaranya; penurunan berat badan, pengurangan keradangan kronik pada tubuh, menstabilkan paras insulin dan gula dalam darah serta meningkatkan imuniti tubuh.
.
Adalah penting untuk mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan dan mengambil makanan tinggi serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna, mengurangkan pengambilan makanan berminyak, kurangkan pengambilan karbohidrat serta minum air kosong yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
.
Sekiranya seseorang yang berpuasa merupakan seorang yang merokok, minum minuman yang manis, serta mengambil banyak makanan yang manis, bergoreng dan berlemak, ini akan menyebabkan efek puasa dalam meningkatkan sistem imun dan kesihatan tubuh tidak akan berlaku‼️
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Tuesday, April 19, 2022

RAMADAN 18: BERPUASA MENGURANGKAN RASA LAPAR

RAMADAN 18: BERPUASA MENGURANGKAN RASA LAPAR


.
Selama ini kita menyangkakan bahawa makan akan mengurangkan rasa lapar, tetapi sebenarnya dengan berpuasa, sebenarnya akan mengurangkan rasa lapar ‼️
.
Ghrelin adalah hormon yang dikeluarkan oleh tubuh yang  akan menyebabkan kita rasa lapar. Ia akan meningkatkan selera makan dan akhirnya menyumbang kepada pertambahan berat badan. Ia turut mengurangkan efek hormon leptin. Hormon leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak bagi mengurangkan selera makan dan seterusnya menyebabkan kita berhenti makan.
.
Kajian menunjukkan bahawa, kelaparan disifatkan sebagai gelombang ombak. Ia akan mula naik ketika sarapan, makan tengahari dan makan malam, dan akan mula turun atau surut selepas itu walaupun kita tidak makan apa-apa. Hormon ghrelin menurun selepas 2 jam tanpa makanan. Ini menunjukkan bahawa kelaparan umpama gelombang ombak. Ia akan berkurang apabila dibiarkan.
.
Pemerhatian dibuat terhadap hormon ghrelin ketika berpuasa. Didapati bahawa hormon ghrelin kekal stabil saat kita berpuasa‼️ Subhanallah...
Ini bermakna dengan berpuasa, ia dapat membantu fizikal tubuh kita kurang lapar.
.
Terdapat perbezaan kesan pengurangan hormon ghrelin ketika puasa terhadap lelaki dan wanita. Kesan terhadap wanita lebih tinggi berbanding kesan terhadap lelaki.
.
Kesimpulannya, puasa mampu meningkatkan rasa kenyang dan membuatkan kita kurang rasa ingin makan banyak.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Sunday, April 17, 2022

RAMADAN 16: KELEBIHAN BERBUKA DENGAN KURMA

RAMADAN 16: KELEBIHAN BERBUKA DENGAN KURMA


.
Kurma dikategorikan kepada tiga jenis iaitu khal, ruthob, dan tamar yang bergantung kepada peringkat kematangannya.
.
Kurma khal merupakan kurma yang segar, masak keras, dan rangup.
.
Kurma ruthob atau kurma basah pula merupakan kurma yang masak separuh yang mana teksturnya antara rangup dan lembut.
.
Kurma tamar atau kurma kering ialah kurma yang masak penuh.
.
Manakala kurma mentah pula dikenali sebagai kimri.

Kurma merupakan makanan sunnah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila diantara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”. (Hadis, Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).

Kita disunatkan untuk memula berbuka dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Buah kurma mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.

✅ Makan kurma semasa berbuka puasa akan membantu untuk cepat kenyang dan mengelak makan makanan yang berlebihan yang akan memberi kesan negatif pada penghadaman.
.
✅ Kurma akan meningkatkan jus penghadaman dan menyediakan perut untuk menerima jumlah makanan yang banyak setelah seharian berpuasa.
.
✅ Kurma boleh dihadam dengan cepat dan tidak akan membebankan perut orang yang berpuasa. Penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia.
.
✅ Kurma memiliki nilai indeks glikemik (GI) yang rendah. Indeks glikemik menunjukkan kemampuan suatu makanan untuk meningkatkan gula darah.
Nutrition Journal menyebutkan nilai indeks glisemik kurma adalah di antara 44-45. Nilai GI yang berada di bawah angka 55 ini termasuk rendah.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Saturday, April 16, 2022

RAMADAN KE 15: MENGAPA MULUT BERBAU BUSUK KETIKA BERPUASA?

RAMADAN KE 15: MENGAPA MULUT BERBAU BUSUK KETIKA BERPUASA?
.


.
Nafas berbau kurang menyenangkan ketika berpuasa di bulan Ramadan merupakan perkara biasa yang akan terjadi. Akak cuba mencari punca disebalik bau yang dihasilkan ketika kita berpuasa.
.
Sewaktu kita berpuasa,  kita tidak dibenarkan untuk minum air. Keadaan mulut yang kering menyebabkan mulut berbau kerana apabila mulut kering, kadar air liur di dalam mulut berkurang.
.
Seperti yang kita maklum, air liur berfungsi untuk meneutralkan asid yang dihasilkan daripada plak. Air liur juga berfungsi sebagai sistem imun untuk menghadang bakteria dan virus yang masuk melalui mulut.
.
Antara lain, air liur juga berperanan untuk menghilangkan sel-sel mati yang terkumpul pada lidah, gusi, dan pipi. Jika sel-sel mati ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan mulut berbau.
.
Semasa kita berpuasa, apabila kita mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan minuman manis, paras insulin akan mula rendah didalam darah.
.
Keadaan ini menyebabkan badan kita mula menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama kerana simpanan glikogen di dalam hati dan otot yang kebiasaannya menjadi sumber tenaga sudah habis digunakan.
.
Hati akan mula memecahkan lemak yang tersimpan bagi menghasilkan sebatian yang dipanggil keton (asid aseton). Sebatian ini mempunyai bau khas yang dapat dihidu melalui nafas kita.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Friday, April 15, 2022

RAMADAN 14: KELEBIHAN PUASA DARI SUDUT PSIKOLOGI

RAMADAN 14: KELEBIHAN PUASA DARI SUDUT PSIKOLOGI
.


.
Sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Ramadan ini. Di sini akak ingin kongsikan kesan dan kelebihan puasa dari sudut psikologi.
.
Puasa dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dan ia dipercayai berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecergasan seseorang.
.
Posting akak sebelum ini ada menyentuh ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Ini menyebakan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.
.
Apabila kita makan banyak sehingga menjadi terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.
.
Tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak ketika kita berpuasa. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan 
lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
.
Dari aspek psikologi, manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu fizikal, emosi, kognitif dan spiritual. Puasa di bulan Ramadan dapat melatih fizikal, emosi, kognitif dan spiritual untuk melakukan transformasi ke arah kebaikan dituntut Islam.

Puasa mendidik jiwa insan untuk berkongsi nikmat dikurniakan dengan memperbanyakkan amalan sedekah yang mampu membersihkan jiwa daripada perasaan sombong.
.
Perintah berpuasa bagi umat Islam adalah pengendalian diri atau self control. Aspek pengendalian ini penting kerana pengendalian diri merupakan salah satu komponen utama bagi mewujudkan dan psikologi dan jiwa yang sihat.
.
Dari perspektif ilmu psikologi dan kesihatan mental, kemampuan mengendalikan diri adalah 
merupakan indikasi utama sihat atau tidaknya kehidupan rohaniah seseorang. 
.
Seseorang yang sihat psikologi dan jiwanya akan memiliki tingkat kemampuan mengendali diri yang baik, sehingga terhindar dari berbagai gangguan psikologi.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
.

RAMADAN KE 13: MENGANTUK KETIKA BERTERAWIH?

RAMADAN KE 13: MENGANTUK KETIKA BERTERAWIH?
.
Akak yakin ramai yang mengalami masalah mengantuk ketika berterawihkan? 
Malah ada jugak yang sempat tertidur ketika solat. Akak mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat untuk kita cuba baiki kualiti solat tarawih kita. 
.
Pertama sekali, kita perlu fahami apa yang berlaku dalam sistem penghadaman kita selepas kita berbuka.
.
 Sewaktu kita berbuka, sistem penghadaman akan memecahkan nutrien dari makanan yang kita makan dan mengubahnya menjadi glukosa (gula). Apabila paras glukosa dalam darah sudah tinggi, tubuh akan mengeluarkan hormon amylin, glucagon dan cholecystokinin yang menghantar isyarat kepada otak dan mewujudkan rasa kenyang. 
.
Seperti yang pernah akak kongsi sebelum ini, paras glukosa yang tinggi dalam darah juga akan merangsang pengeluaran hormon insulin yang berfungsi untuk membawa glukosa masuk ke dalam sel‼️ Glukosa yang telah dimasukkan ke dalam sel akan digunakan sebagai tenaga dalam proses metabolisme sel.
.
Insulin juga berperanan untuk membawa asid amino jenis tryptophan (sumber dari makanan) yang ada dalam salur darah ke dalam  otak. Apabila tiba di otak, tryptophan akan meningkatkan penghasilan neurotransmitter bernama serotonin yang bertanggungjawab membuat kita merasa tenang seperti sedang berehat dan seterusnya rasa mengantuk terhasil. 😴
.
Selain dari otak, ketika dalam proses penghadaman makanan,usus kita turut memerlukan bekalan darah bagi membantu mencerna makanan.
Apabila kita mengambil makanan yang banyak ketika berbuka puasa, otak akan mengalirkan bekalan yang banyak ke usus.
.
Apabila bekalan darah banyak disalurkan ke usus, bekalan darah dibahagian tubuh yang lain terutama otak akan berkurang. Ini akan menyebabkan kita akan merasa sangat mengantuk‼️

Maka, sebaiknya ketika berbuka, kita mulakan dengan mengambil makanan yang rendah kandungan karbohidrat dan gula. Kita juga perlu pastikan kita makan dengan jumlah makanan yang sedikit dan kunyah makanan dengan sempurna dan perlahan.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Wednesday, April 13, 2022

RAMADAN KE 12: MANFAAT PUASA KEPADA KESIHATAN KULIT

RAMADAN KE 12: MANFAAT PUASA KEPADA KESIHATAN KULIT


.
Puasa tidak hanya baik untuk kesihatan tubuh, secara tidak langsung, puasa memberi manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
.
Berpuasa secara rutin dapat meningkatkan penghasilan antioksida yang dapat mencegah penuaan dan kerutan di kulit.
Selain itu, puasa juga boleh  mengembalikan keseimbangan mikrobiom yang akhirnya dapat membuat kulit jadi lebih bersih.
.
Ketika kita berpuasa, penghasilan hormon pertumbuhan manusia atau human growth hormone (HGH) didalam tubuh akan meningkat.
.
Hormon tersebut membantu dalam meremajakan kulit dengan meningkatkan elastisitasi kulit sehingga kulit nampak lebih muda dan segar. 
.
Proses penghasilan sel baru (regenerasi) juga berlaku ketika kita berpuasa. Ini akan membuatkan penampilan kulit kita lebih sihat dan berseri.
.
Pengambilan makanan yang sihat dengan kalori yang rendah dapat membantu tubuh menjalani proses detoksifikasi kulit ketika kita berpuasa. Pengambilan kalori yang rendah dapat menstabilkan metabolisma tubuh dan meningkatkan kadar antioksida, dan ini akan membantu menghasilkan kulit yang sihat.
.
Keradangan adalah antara penyebab pelbagai penyakit dan kerosakan pada kulit seperti penghasilan jerawat, kulit kemerahan dan sebagainya.  Puasa dapat membantu mengurangi keradangan dengan cara meningkatkan jumlah antioksidan di dalam tubuh. Antioksidan akan bekerja mengurangkan radikal bebas yang sering menyebabkan keradangan pada kulit.
.
Puasa turut dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kulit lebih cepat dan memperbaiki sel tubuh atau kulit yang rosak. Ini adalah kerana ketika kita berpuasa, proses penghasilan sel baru meregenerasi sel dalam dilakukan dengan cepat dan ini menyebabkan sel-sel yang rosak digantikan dengan sel yang baru dan sihat, sekali gus mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.
.
Kesimpulannya, dalam mengekalkan kesihatan kulit sewaktu berpuasa, pastikan kita mengambil makanan yang sihat dan pengambilan air kosong yang mencukupi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan yang paling penting, pastikan bersahur‼️
.
Selain memastikan pengambilan nutrisi dalaman yang baik untuk tubuh, kita juga perlu membekalkan nutrisi luaran untuk kulit.
.
Kita dianjurkan untuk membersihkan kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari, memakai pelembap dan pelindung kulit dari matahari ketika beraktiviti di luar.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Tuesday, April 12, 2022

RAMADAN KE 11: IMPAK PUASA KEPADA OTAK

RAMADAN KE 11: IMPAK PUASA KEPADA OTAK
.


.
Dr Mark Mattson, seorang profesor Neurologi di Universiti John Hopkins menyatakan bahawa kadar neurogenesis di otak meningkat ketika berpuasa.
.
Neurogenesis adalah proses pertumbuhan dan perkembangan sel-sel otak dan tisu saraf baru. Kadar neurogenesis yang lebih tinggi dikaitkan dengan peningkatan prestasi otak, ingatan, mood, dan tumpuan.
.
Menurut Dr Mark Mattson lagi, puasa bukan sahaja meningkatkan kadar neurogenesis, tetapi ia turut membantu meningkatkan perkembangan otak dengan meningkatkan pengeluaran protein penting yang dipanggil Brain Derived Neurotrophin Factor (BDNF).
.
BDNF memainkan peranan dalam neuroplasticity, yang membolehkan otak untuk terus berubah dan menyesuaikan diri. Ia akan menjadikan otak kita lebih berdaya tahan untuk menghadapi tekanan dan lebih mudah disesuaikan dengan sebarang perubahan.
.
BDNF membantu menghasilkan sel-sel otak baru, melindungi sel-sel otak kita, sambungan dan sinaps baru serta meningkatkan memori, meningkatkan mood dan pembelajaran.
.
Puasa memberi impak yang positif pada kesihatan dan perkembangan otak. Puasa membantu dalam penghasilan sel-sel baru otak di hippocampus dimana disimpan maklumat yang kita hafal.
Subhanallah‼️
.
Puasa juga meningkatkan mood dan kognitif iaitu dalam pemprosesan maklumat seseorang individu.
.
Kajian yang ke atas 13 individu yang berpuasa menunjukkan bahawa selepas seminggu berpuasa di bulan Ramadan, mereka mendapati peningkatan dalam kualiti tidur, dan keseimbangan emosi.
Allahuakbar‼️
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Monday, April 11, 2022

RAMADAN KE 10: PUASA MENINGKATKAN KEPEKAAN DERIA RASA

RAMADAN KE 10: PUASA MENINGKATKAN KEPEKAAN DERIA RASA



Perasan tak, setelah kita mula mengamalkan pengambilan air kosong bagi mengantikan air manis, lidah kita mula merasakan air manis yang kita minum menjadi tersangat manis‼️
Ini berlaku kerana kita telah meningkatkan kepekaan deria rasa lidah kita 🥰...
.
Kita akan mudah ketagih kepada makanan yang diproses yang manis, masin dan berlemak. Alhamdulillah, berita baiknya..... puasa mampu untuk mengembalikan kepekaan pada deria rasa lidah‼️
.
Puasa adalah kaedah yang terbaik untuk kita mengawal pelbagai aspek dalam kehidupan. Malah, puasa juga adalah diantara kaedah yang digunakan untuk menghilangkan ketagihan.
.
Kita boleh melatih semula deria rasa pada lidah kita untuk boleh menikmati makanan sihat yang kurang kandungan gula, garam dan lemak yang tidak sihat.
.
Apabila kita makan, bahan kimia yang terdapat pada makanan kita akan dirasai oleh oleh beribu juntaian deria rasa diatas permukaan lidah (papilae).
Bahan kimia tersebut akan menghantar isyarat ke otak.
.
Juntaian papillae adalah deria yang sangat sensitif. Maka ia mudah untuk menyukai beberapa perisa atau rasa sesuatu makanan dengan sangat mudah.
.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita lakukan bagi meningkatkan kembali deria rasa lidah kita:
.
✅ Mula dengan makan                makanan yang tidak diproses dan tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi. Tinggal makanan atau minuman manis ini secara perlahan-lahan, dan Insya Allah, kita akan mula merasai perbezaan beberapa minggu selepas itu.

.
✅ Kunyah dan nikmati makanan dengan
      perlahan.
.
✅ Pastikan bersahur. Pastikan makan yang mempunyai kandungan karbohidrat, protin dan fiber yang mencukupi.
.
✅ Tingkatkan pengambilan fiber dari
       sayur-sayuran dan buah-buahan yang
       pelbagai warna.
.
✅ Minum air kosong yang mencukupi
.
Selepas beberapa minggu, kita akan mula merasakan deria rasa lidah kita menjadi lebih peka kepada gula, garam dan makanan berlemak.

www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

Sunday, April 10, 2022

RAMADAN 9: HOMEOSTASIS (PERUBAHAN)PADA TUBUH KETIKA BERPUASA

RAMADAN 9: HOMEOSTASIS (PERUBAHAN)PADA TUBUH KETIKA BERPUASA


.
Sumber tenaga bagi tubuh ialah gula (glukosa). Kebanyakan sumber glukosa ini datang dari karbohidrat. Jika terdapat lebihan glukosa dalam darah, glukosa ini akan disimpan dalam hati dan otot sebagai glikogen. Sekiranya ruang pada hati dan otot sudah penuh, glikogen ini akan disimpan dalam sel lemak‼️
.
Pada hari pertama dan kedua kita berpuasa, aras insulin akan beransur menurun. Ini akan merangsang penggunaan tenaga dalam bentuk glikogen.
.
Selepas dua hari berpuasa,  aras insulin berada di aras yang rendah, maka ketika ini tubuh akan mula beralih menghasilkan tenaga melalui proses glukoneogenesis (penghasilan tenaga daripada protein) dan glikogenolisis (pemecahan lemak bertujuan menghasilkan tenaga).
.
Glukoneogenesis adalah proses pembentukan glukosa dari zat yang bukan karbohidrat, pembentukan glukosa dari sumber bukan dari karbohidrat yang terjadi pada hati dan ginjal.
Glukoneogenesis akan meningkatkan jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh.
.
Manakala, glikogenolisis adalah proses pemecahan molekul glikogen menjadi glukosa. Glikogen adalah tenaga yang disimpan dalam bentuk glukosa rantai panjang. Proses glikogenolisis terjadi di otot dan sel hati ketika tubuh memerlukan lebih banyak tenaga. 
.
Glikogenolisis berlaku ketika tubuh dalam keadaan lapar (berpuasa) iaitu ketika paras glukosa rendah dalam darah. Glikogenolisis akan menghasilkan glukosa dari glikogen yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga. Proses ini dapat membantu menstabilkan kadar glukosa dalam darah ketika kita lapar dan tidak ada makanan yang masuk ke dalam tubuh.
.
Dalam tempoh lima hari pertama berpuasa, berat badan akan menyusut 0.5 sehingga satu kilogram hasil kehilangan air. 
.
Penurunan aras insulin dalam darah juga memberikan kesan kepada air dan garam tubuh. Air serta garam berlebihan akan dibuang kerana penurunan insulin akan menyebabkan diuretik (kerap kencing). Ini akan memberikan kesan penurunan tekanan darah.
.
Pada hari ke lima hingga hari ke tujuh, akan berlaku peningkatan aras hormon pertumbuhan/ growth hormone (GH). Peningkatan GH menjangkau dua kali ganda berbanding hari biasa yang membuatkan proses pemecahan lemak sebagai sumber tenaga tubuh menjadi lebih berkesan. 
.
Sekiranya simpanan glikogen mulai berkurang, dan tubuh memerlukan glukosa, ketika inilah proses glukoneogenesis terjadi. Proses ini akan mengubah sumber bukan karbohidrat seperti laktat, gliserol, atau asid amino menjadi glukosa.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...