Showing posts with label kelapa pandan. Show all posts
Showing posts with label kelapa pandan. Show all posts

Sunday, September 22, 2019

CARA MEMILIH BUAH KELAPA PANDAN MUDA UNTUK MINUM SEGAR

Air kelapa pandan adalah diantara jenis kelapa yang sesuai untuk dijadikan minuman segar kerana kemanisan dan aromanya yang unik. Aroma bau pandan yang terdapat pada kelapa pandan adalah disebabkan oleh komponen 2-acetyl-1-pyrroline (2-AP). Slluurrrppp! Akak memang suka sangat dengan air kelapa muda ni! 

Kita perlu tahu bahawa buah kelapa mengambil masa 12 bulan untuk matang dan tua. Namun, bagi mendapatkan air kelapa muda yang manis dan mempunyai isi kelapa yang seakan jeli, buah kelapa perlu dituai pada peringkat 6 ke 7 bulan selepas disenyawakan. Hmmm... macam mana kita nak tahu yang peringkat yang mana yang sesuai dipetik untuk kita jadikan minuman segar? Nanti akak tunjukkan cara bergambar untuk memudahkan kita memilih buah muda yang sesuai untuk dipetik....

Air kelapa merupakan endosperma dalam ovari kelapa dalam keadaan cecair. Air kelapa mula terbentuk pada bulan kedua selepas persenyawaan. Air kelapa pada peringkat awal pembentukan adalah agak masam. Kemanisan pada buah kelapa akan mula meningkat apabila memasuki bulan kelima pertumbuhan. 

Pada bulan ke enam dan ke tujuh, air kelapa sudah sesuai untuk diminum kerana ia mula mempunyai kemanisan serta pada dinding tempurung kelapa juga sudah mula terdapat isi yang mula menebal yang seakan jeli. Haaa...diperingkat inilah kalau kita boleh petik dan menikmati airnya dikala cuaca panas...pergh! Nyaman dan nikmatnya, kan?

Di bawah ini, akak sertakan penerangan bergambar buat panduan semua. Semoga dengan panduan yang ringkas ini, kita dapat mengenalpasti peringkat yang sesuai untuk kita dapatkan buah kelapa yang mengandungi air yang manis dan isinya yang yummy ... 😍😍😍







Terima kasih kerana sudi membaca... 


#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

22/9/2019

Thursday, September 19, 2019

MENGAPA BUAH KELAPA PANDAN HILANG AROMA PANDAN?

Kelapa pandan dan beras wangi mempunyai komponen 2-acetyl-1-pyrroline (2-AP)  yang memberikan aroma wangi daun pandan.

Mungkin ramai yang diluar sana yang masih belum mengetahui kaedah untuk memilih anak benih kelapa pandan yang tulen. Kami di Jabatan Pertanian ingin berkongsi panduan pemilihan anak benih pandan buat semua pembaca.

Pada tanaman kelapa pandan, ada dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal benih tulen kelapa pandan:

1. Mengesan bau melalui akar muda yang terdapat pada anak benih. Akar muda pada anak benih dipicit dan dihidu. Akar ini perlu mengeluarkan aroma bau daun pandan.


Aroma daun pandan dapat dihidu pada akar muda benih kelapa pandan

2. Mengesan bau melalui daun pada anak benih. Permukaan bawah daun akan dilayur menggunakan api sehingga kelihatan daun berminyak. Daun kesan dilayur dihidu dan perlu ada bau daun pandan pada daun tersebut.


Daun muda yang dilayur dengan api akan mengeluarkan aroma daun pandan


Daun yang telah dilayur dihidu untuk mengenalpasti aroma pandan pada anak benih kelapa pandan


Selain dari pemilihan anak benih yang tulen, pengurusan tanaman kelapa pandan di ladang juga penting bagi mengekalkan aroma pandan berkenaan.  Jom kita baca lagi...😎...


APAKAH YANG MENYEBABKAN BUAH KELAPA PANDAN TIDAK LAGI MEMPUNYAI AROMA DAUN PANDAN?

Setiap pokok angiosperma yang berbunga dan menghasilkan biji akan melalui proses pendebungaan dan persenyawaan berganda (double fertilization).  Kelapa dan jagung juga diantara pokok yang melalui proses yang sama. Sila ke https://nurhafizahsharudin.blogspot.com/2019/09/mengapa-jagung-manis-tidak-boleh.html?m=1 untuk jika ingin bacaan tambahan mengenai fokus ini. 


Lakaran gambarajah yang menceritakan tentang persenyawaan berganda.


Apabila pokok kelapa pandan ditanam bersebelahan dengan pokok kelapa dari varieti yang lain, buah kelapa pandan yang terhasil tidak akan ada aroma daun pandan!

Bagi mengekalkan aroma pada buah kelapa pandan, pokok kelapa pandan seharusnya ditanam jauh atau terasing dari varieti pokok kelapa yang lain. Negara Thailand adalah diantara negara yang terkenal dengan pengeluaran kelapa wangi. Mereka ingin dikenali sebagai negara yang menghasilkan buah kelapa wangi terbaik di dunia. Kerajaan Thailand mensyaratkan pokok kelapa wangi tidak boleh ditanam bersama pokok kelapa yang lain bagi mengekalkan aroma buah kelapa tersebut.


Buah kelapa pandan yang diinovasikan bagi memudahkan pengguna


Cantikkan cetakan pada tempurung ini



Menarik untuk diperolehi dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Kreatif sangat!


Pokok kelapa pandan yang tumbuh pada tanah yang kurang subur serta tidak mendapat baja yang mencukupi turut tidak menghasilkan buah kelapa yang mempunyai aroma yang wangi.

Kelapa akan melalui dua jenis pembentukan endosperma iaitu endosperma nuklear dan endosperma celular. 

Endosperma nuklear adalah dalam keadaan cecair (air kelapa) yang mula terbentuk pada bulan kefua pertumbuhan. Dalam keadaan cecair, beratus nuklei (nukleus-nukleus) akan terapung bebas dalam larutan tanpa membentuk sel dinding. Cairan endosperma nuklear adalah agak berasid dan kurang manis. Kemanisan akan mula meningkat apabila memasuki bulan kelima pertumbuhan. ! 

Pada peringkat endosperma celular, sel-sel dinding akan terbentuk disekitar nuklei dan akhirnya akan terkumpul didasar permukaan tempurung kelapa (antipodal). Lapisan ini akhirnya membentuk isi kelapa. Peringkat awal pembentukan, ia akan kelihatan seperti lapisan jeli. Penebalan lapisan isi kelapa bermula dari bahagian antipoda (bertentangan dengan bahagian pembentukan embrio) dan akan teru menyelaputi keseluruh bahagian dalam ovari. 

Komponen 2-AP akan mula dikesan dalam endosperma buah kelapa pandan pada bulan ke enam pembentukan endosperma, iaitu di peringkat akhir endosperma nuklear dan diperingkat awal endosperma celular. Komponen 2-AP akan makin meningkat apabila buah kelapa meningkat tua. 


Nak tahu kaedah untuk petik buah kelapa muda yang sesuai untuk diminum...tunggu artikel yang seterusnya...


Jangan lupa subscribe channel youtube di  http://bit.ly/NHSchannel

Dan follow FB page di  http://bit.ly/NurHafizahSharudin

#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

19/9/19





Wednesday, September 11, 2019

KAEDAH MENGENAL ANAK BENIH KELAPA PANDAN

MENGENAL ANAK BENIH KELAPA PANDAN Kelapa pandan atau lebih dikenali sebagai kelapa wangi merupakan kelapa yang beraroma seperti daun pandan. Nak tahu bagaimana nak kenal anak benih kelapa pandan? Sila lihat video ini.. Terima kasih kepada Wak Sahri B. Jailani di atas perkongsian ilmu kali ini... Ptif Perak #PertanianHebat #BahPTIFPerak #JabatanPertanianPerak #JabatanPertanianMalaysia


APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...