Mungkin ramai yang diluar sana yang masih belum mengetahui kaedah untuk memilih anak benih kelapa pandan yang tulen. Kami di Jabatan Pertanian ingin berkongsi panduan pemilihan anak benih pandan buat semua pembaca.
Pada tanaman kelapa pandan, ada dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal benih tulen kelapa pandan:
1. Mengesan bau melalui akar muda yang terdapat pada anak benih. Akar muda pada anak benih dipicit dan dihidu. Akar ini perlu mengeluarkan aroma bau daun pandan.
Aroma daun pandan dapat dihidu pada akar muda benih kelapa pandan
2. Mengesan bau melalui daun pada anak benih. Permukaan bawah daun akan dilayur menggunakan api sehingga kelihatan daun berminyak. Daun kesan dilayur dihidu dan perlu ada bau daun pandan pada daun tersebut.
Daun muda yang dilayur dengan api akan mengeluarkan aroma daun pandan
Daun yang telah dilayur dihidu untuk mengenalpasti aroma pandan pada anak benih kelapa pandan
Selain dari pemilihan anak benih yang tulen, pengurusan tanaman kelapa pandan di ladang juga penting bagi mengekalkan aroma pandan berkenaan. Jom kita baca lagi...😎...
APAKAH YANG MENYEBABKAN BUAH KELAPA PANDAN TIDAK LAGI MEMPUNYAI AROMA DAUN PANDAN?
Setiap pokok angiosperma yang berbunga dan menghasilkan biji akan melalui proses pendebungaan dan persenyawaan berganda (double fertilization). Kelapa dan jagung juga diantara pokok yang melalui proses yang sama. Sila ke https://nurhafizahsharudin.blogspot.com/2019/09/mengapa-jagung-manis-tidak-boleh.html?m=1 untuk jika ingin bacaan tambahan mengenai fokus ini.
Lakaran gambarajah yang menceritakan tentang persenyawaan berganda.
Apabila pokok kelapa pandan ditanam bersebelahan dengan pokok kelapa dari varieti yang lain, buah kelapa pandan yang terhasil tidak akan ada aroma daun pandan!
Bagi mengekalkan aroma pada buah kelapa pandan, pokok kelapa pandan seharusnya ditanam jauh atau terasing dari varieti pokok kelapa yang lain. Negara Thailand adalah diantara negara yang terkenal dengan pengeluaran kelapa wangi. Mereka ingin dikenali sebagai negara yang menghasilkan buah kelapa wangi terbaik di dunia. Kerajaan Thailand mensyaratkan pokok kelapa wangi tidak boleh ditanam bersama pokok kelapa yang lain bagi mengekalkan aroma buah kelapa tersebut.
Buah kelapa pandan yang diinovasikan bagi memudahkan pengguna
Cantikkan cetakan pada tempurung ini
Menarik untuk diperolehi dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Kreatif sangat!
Pokok kelapa pandan yang tumbuh pada tanah yang kurang subur serta tidak mendapat baja yang mencukupi turut tidak menghasilkan buah kelapa yang mempunyai aroma yang wangi.
Kelapa akan melalui dua jenis pembentukan endosperma iaitu endosperma nuklear dan endosperma celular.
Endosperma nuklear adalah dalam keadaan cecair (air kelapa) yang mula terbentuk pada bulan kefua pertumbuhan. Dalam keadaan cecair, beratus nuklei (nukleus-nukleus) akan terapung bebas dalam larutan tanpa membentuk sel dinding. Cairan endosperma nuklear adalah agak berasid dan kurang manis. Kemanisan akan mula meningkat apabila memasuki bulan kelima pertumbuhan. !
Pada peringkat endosperma celular, sel-sel dinding akan terbentuk disekitar nuklei dan akhirnya akan terkumpul didasar permukaan tempurung kelapa (antipodal). Lapisan ini akhirnya membentuk isi kelapa. Peringkat awal pembentukan, ia akan kelihatan seperti lapisan jeli. Penebalan lapisan isi kelapa bermula dari bahagian antipoda (bertentangan dengan bahagian pembentukan embrio) dan akan teru menyelaputi keseluruh bahagian dalam ovari.
Komponen 2-AP akan mula dikesan dalam endosperma buah kelapa pandan pada bulan ke enam pembentukan endosperma, iaitu di peringkat akhir endosperma nuklear dan diperingkat awal endosperma celular. Komponen 2-AP akan makin meningkat apabila buah kelapa meningkat tua.
Nak tahu kaedah untuk petik buah kelapa muda yang sesuai untuk diminum...tunggu artikel yang seterusnya...
Jangan lupa subscribe channel youtube di http://bit.ly/NHSchannel
Dan follow FB page di http://bit.ly/NurHafizahSharudin
#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
19/9/19
No comments:
Post a Comment