Saturday, September 7, 2019

KENAPA TIDAK BOLEH TANAM BENIH KELAPA F2 (MATAG)?

Seringkali saya dan rakan-rakan dihujani dengan rintihan dan rungutan dari rakan-rakan yang ingin mendapatkan benih MATAG. Sehingga saya terpanggil untuk menghasilkan video-video bagaimana benih kelapa MATAG dihasilkan.

Namun, masih ramai yang belum dapat memahami kenapa kami tidak membenarkan penanaman kelapa F2. In sya Allah, saya akan cuba buat penerangan bergambar kesan penanaman kelapa F2.

APAKAH YANG DIKATAKAN KELAPA MATAG (F1) DAN APA PULA KELAPA F2?

Kelapa MATAG adalah pokok kelapa yang dihasilkan melalui kaedah kacukan diantara pokok kelapa Malayan Yellow Dwarf ( MYD) atau Malayan Red Dwarf   (MRD) dengan kelapa Tagnanan. (Tuan/puan boleh lihat kembali video-video dan penulisan saya yang lepas mengenai penghasilan benih kelapa MATAG)

      MYD/MRD         X     Tagnanan
    (Induk betina)             ( Induk jantan)

Anggaplah disini pengantin perempuannya adalah MYD/MRD dan pengantin lelakinya adalah Tagnanan. Perkahwinan antara MYD/MRD dengan Tagnanan adalah bukan atas pilihan dan perkahwinan ini dikawal.

Apabila kedua varieti kelapa ini dikahwinkan makan anak yang dikandung oleh buah MYD/MRD ini akan keluar sebagai MATAG dari generasi pertama (F1).

Pokok MATAG ini akan mula membesar dan apabila telah matang, ia akan juga berkahwin dengan pilihannya sendiri dan tidak dikawal. Anak dari buah MATAG ini akan mula bercambah DAN ANAK INI BUKAN MATAG! Ia adalah kelapa F2!

Pokok kelapa F2 turut akan membesar dan apa yang dapat kita lihat hasil yang keluar tidak sama seperti yang kita harapkan dari benih F1 kerana ciri-cirinya telah bercampur.

Ada diantara penanam-penanam kelapa F2 mengadu:
1. Sudah menanam kelapa F2 hampir 7 tahun, masih belum keluar hasil...
2. Sudah berhasil, dan buah per tandan yang banyak, namun buah yang keluar kecil-kecil macam buah rambai.
3. Sudah keluar hasil, tapi isi kelapa sangat nipis...
4. Sudah keluar hasil, tapi buah menjadi offshape, kulit buah tebal, saiz tempurungnya kecil
5. Pokok sudah dewasa tapi hanya bunga jantan sahaja yang dihasilkan. Tiada penghasilan bunga betina.
6. Sudah keluar hasil, tapi kenapa buah jadi warna kuning seperti warna buah MYD?












Sekali lagi saya merayu agar tuan/puan TIDAK membeli sebarang benih F2 dari mana-mana penjual. Benih kelapa MATAG HANYA DIKELUARKAN OLEH JABATAN PERTANIAN TERTENTU SAHAJA juga beberapa syarikat swasta.

Saya tidak mahu tuan/puan merugikan pelaburan/wang dengan membeli benih yang tidak akan mengeluarkan hasil.... termasuk penyediaan kawasan penanaman, pembelian baja dan racun tetapi...setelah bertahun menunggu, tidak dapat kembalikan modal yang telah dilaburkan.

Saya berharap penulisan ini dapat memberi sedikit pencerahan dan pengetahuan pada pembaca. Saya juga memohon maaf jika penulisan ini menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Wallahualam.

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...