Saturday, September 7, 2019

BUNGA JANTAN POKOK KELAPA

Pokok kelapa mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada jambak yang dilindungi oleh seludang.
Bunga jantan lebih banyak dan saiznya lebih kecil berbanding bunga betina.

Bunga jantan akan mula berkembang sebaik sahaja  terbuka. Bunga jantan pada hujung spike akan mula berkembang dahulu berbanding bunga yang pada pangkal spike.


Bunga jantan mempunyai jangka hayat yang lebih singkat berbanding bunga betina. Ia akan berkembang pada waktu pagi serta membebaskan debunganya dan akan gugur pada waktu petang pada hari yang sama.



Dalam keadaan yang sesuai, pokok kelapa rendah akan mula mengeluarkan bunga pada tahun ketiga selepas bercambah, pokok kelapa hibrid akan mengeluarkan bunga pada tahun ke empat manakala pokok kelapa tinggi pada tahun ke lima atau tahun ke tujuh.

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...