Pokok Calathea luthea
Daunnya yang lebar seakan daun pisang ini sering digunakan untuk dijadikan pembalut untuk memasak makanan seperti nasi dalam buluh dan kuih-kuih tempatan. Dan ada juga yang menggunakan ia untuk membalut ikan sebelum ia dibakar.
Daun lirik yang jenis lebar
Suatu ketika dahulu, arwah Tok Wan amat gembira apabila kesemua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya dapat berkumpul beramai-ramai sambil mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama keluarga. Tok Wan sebagai ketua keluarga yang disegani dan dikasihi, akan mengatur aktiviti agar kami semua dapat berkumpul bergotong royong berkelah bersama-sama di tepi sungai di kampong.
Beras yang sudah siap dibasuh dibungkus dalam daun lirik
Seperti biasa, kami cucu-cucunya adalah diantara yang amat teruja dan tidak sabar untuk berkelah di sungai. Keseronokan bermain air seolah-olah melambai-lambai dan menarik kami untuk bergegas ke sana. Ketika itu terasa seolah-olah masa amat lambat untuk berlalu.
Beras yang siap dibungkus dan siap untuk direbus
Apabila tiba dihari yang telah dirancang, kami mula membawa segala keperluan untuk berkelah. Kami yang masih kecil turut menjinjing barang-barang keperluan yang ringan untuk digunakan semasa berkelah nanti.
Nasi yang sudah siap dibungkus
Setiba di sungai, kami meletakkan barang-barang yang kami bawa di tempat yang telah disediakan oleh arwah Tok Wan. Sebelum dibenarkan untuk turun bermandi, kami perlu membantu mengutip batu-batu besar untuk digunakan sebagai tungku untuk memasak dan mengutip kayu-kayu kering sebagai bahan api. Setelah melonggokkan batu-batu serta ranting-ranting kayu, dan jika tiada apa-apa lagi yang perlu kami buat, barulah kami dibenarkan untuk bermain air.
Nasi yang dihidang bersama ulam-ulam kampong
Tok Wan, serta anak-anak dan menantunya yang lain akan mula menyediakan masakan untuk berkelah sementara kami cucu-cucu beliau telah mula tenggelam dalam hilaian ketawa dan jeritan keseronokan bermain air.
Di antara resepi istimewa arwah Tok Wan ketika berkelah ialah Nasi Buluh. Beliau juga turut akan menggunakan buluh untuk memasak ikan. Selebihnya Tok Wan akan menyediakan sambal dan ulam-ulam kampong sebagai penambah selera.
Bagi menyediakan nasi buluh, beras perlulah dibasuh terlebih dahulu. Beras yang telah bersih akan dibalut didalam daun lirik dan diikat kemas. Beras yang telah diikat kemas akan disusun masuk ke dalam buluh. Apabila hampir penuh, Tok Wan akan memenuhkan ruang dalam buluh dengan air dan mula meletakan buluh tersebut berdekatan dengan unggun api yang telah disediakan terlebih dahulu. Tok Wan turut menggunakan buluh untuk memasak ikan gulai masam.
Setelah selesai memasak, kami akan dipanggil untuk makan bersama-sama. Sesungguhnya makan selepas penat bermain air, menambah keenakan nasi pada hari tersebut.
Sumber gambar nasi dalam buluh : Dkosong.blogspot
#Alfatihahbuatsemuayangtelahpergi
#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
No comments:
Post a Comment