Showing posts with label herba. Show all posts
Showing posts with label herba. Show all posts

Sunday, November 17, 2019

BUNGA CUCUR ATAS; TURUT DIGEMARI SANG KELULUT

Akak berpeluang untuk melawat tapak penanaman pokok cucur atap di Pusat Pertanian Rhu Tapai di Setiu, Terengganu. Sedap betul bau daun pokok cucur atap ni terutama apabila daunnya diramas



Pokok cucur atap (hujung atap) atau nama spesisnya Baeckea frutescens L (Myrtaceae); adalah pokok sejenis malar hijau kecil yang banyak tumbuh di kawasan berpasir disepanjang pinggir laut Asia Tenggara.


Daunnya seperti jarum, bunganya sangat kecil, berwarna putih dan tumbuh diketiak daun. Daun dan bunganya berbau harum ialah bahagian yang digunakan untuk menghasilkan teh. Minyak pati yang diekstrak dari daun cucur atap juga dikatakan dapat digunakan untuk mengurut bagi mengurangkan sakit urat dan badan.

Kajian oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menunjukkan pati yang diekstrak dari pokok cucur atap mampu untuk mengurang pengumpulan asid urik pada sendi tulang yang menyebabkan penyakit gout!

Akak turut terbaca kajian oleh penyelidik dari Universiti Malaysian Terengganu (UMT); Profesor Madya Dr Mohd Zul Helmi Rozaini, Ketua Penyelidik Institut Bioteknologi Marin telah berjaya menemui agen antipenuaan bagi penjagaa kecantikan dari pokok cucur atap! Beliau telah dapat menghasilkan serum kecantikan yang setaraf dengan produk antarabangsa. Allahuakbar! Sungguh banyak keajaiban khazanah ciptaan Allah disekeliling kita yang masih kita belum terokai!

Semasa akak membuat lawatan pemantauan di Projek Farmer Field School di kawasan berdekatan, akak dapati kawasan tepi pantai ini turut ditumbuhi banyak pokok cucur atap yang liar. Dan yang lebih menarik, terdapat beberapa ekor kelulut Heterotrigona itama yang datang mengerumini serta mendapatkan nektar dari bunga-bunga cucur atap ini.

Kelihatan kelulut Heterotrigona itama mencari nektar pada bunga cucur atap.


Sekiranya segala kebaikan yang ada pada tumbuhan cucur atap ini dapat diurai dan diekstrak dalam bentuk madu, akak tidak dapat bayangkan betapa tingginya khasiat dan kebaikan madu cucur atap kepada pengamal madu kelulut! Wallahualam.


#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia




Friday, September 20, 2019

BUNGA TELANG (Clitoria ternatea), KEGUNAAN DAN KHASIATNYA

Bunga telang biru merupakan pewarna semulajadi masakan seperti nasi kerabu, kuih muih serta pewarna minuman selain sebagai ulam. Dan ianya juga cantik untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan.




Ekstrak biru yang terdapat pada bunga telang adalah terhasil dari pigmen antosianin. Pigmen ini larut didalam air dan tahan pada suhu tinggi. Antosianin merupakan antioksida yang berupaya untuk memerangkap radikal bebas dan ini adalah baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.



Antosianin ini dikatakan dapat mencegah penyakit seperti kanser dan jantung. Antosianin ini juga dikatakan bersifat antidiabetes dan antimikrob.

Bunga telang turut boleh dijadikan ulam


#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...