Wednesday, September 18, 2019

KUMBANG TANDUK / KUMBANG BADAK ( Oryctes rhinoceros) PEROSAK POKOK KELAPA

Kumbang tanduk merupakan perosak utama pada tanaman palma terutama kelapa dan kelapa sawit.

Kumbang dewasa akan mengorek masuk melalui bahagian bawah pelepah daun muda dan mula makan bahagian umbut dan tisu-tisu lembut. Aktiviti ini akan menyebabkan kemusnahan dan kematian pada pokok yang muda atau menyebabkan pertumbuhan pokok tersebut terbantut.

Kesan kerosakan pada pokok yang lebih matang dapat dilihat pada bahagian daun yang dipotong seperti bentuk kipas. Kerosakan ini diakibatkan oleh kumbang yang memakan daun-daun muda sebelum ia kembang lagi.

Kumbang tanduk betina akan meletakkan telur-telurnya dalam bahan organik seperti longgokan najis ternakan, longgokan batang, daun serta apa sahaja bahan yang mereput. Bahan-bahan ini akan menjadi sumber makanan buat larva.



Telurnya berbentuk bujur bulat, berukuran 3.5 mm panjang, berwarna putih yang akhirnya bertukar menjadi warna kelabu.

Telur-telur ini akan menetas selepas 8 ke 12 hari. Larva yang menetas akan melalui 3 fasa instar. Peringkat larva mengambil masa 80 ke 200 hari untuk lengkap. Kemudian larva ini akan memasuki peringkat prepupa yang akan mengambil tempoh 8 ke 13 hari.

Larva akan menjadi pupa dalam kebuk pupa yang diperbuat dari tanah atau bahan organik. Peringkat pupa akan mengambil tempoh 30 hari sebelum bertukar menjadi dewasa.

Kumbang dewasa mampu hidup mencapai 6 bulan. Terdapat perbezaan yang nyata diantara kumbang tanduk jantan dan kumbang tanduk betina.

Kumbang tanduk jantan mempunyai tanduk yang panjang berbanding kumbang tanduk betina. Manakala pada abdomen kumbang tanduk jantan tidak terdapat (atau mungkin terdapat hanya sedikit) bulu pada bahagian abdomen. Manakala bagi kumbang tanduk betina mempunyai tanduk yang pendek dan mempunyai bulu yang lebat pada segmen terakhir abdomen.


















(Untuk makluman, artikel ini akan disokong oleh dua kaedah: 1. Video larva kumbang tanduk di channel http://bit.ly/NHSchannel  2. Gambar-gambar kumbang tanduk )

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...