Wednesday, September 18, 2019

POKOK BUNGA KIMCAM: BUNGA DIMAKAN, AKAR UNTUK MENGAWAL HAKISAN TANAH

Kalau kita ke kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland, kita pasti terjumpa bunga-bunga kuning atau oren menghiasi tepi tebing. Pokok ini adalah pokok Kimcam atau daylilies (Hemerocallis sp).





Kudup bunga ini dikutip dan dijual mentah di sekitar kawasan di Cameron Highland. Tidak kurang juga kudup ini akan dijual sebagai kudup celup tepung. Kudup ini amat digemari di negara-negara Thailand dan Vietnam dengan pelbagai resepi yang enak.






Kudup bunga ini turut dikeringkan dan dimasukkan bersama bahan campuran yang lain untuk dijadikan rempah sup segera! Memang enak diminum panas!
Namun perlu berhati-hati dengan varieti pokok kimcam yang beracun!


Selain kudup bunga, keistimewaan pokok kimcam adalah pada akarnya. Pokok ini mempunyai sistem pengakaran yang panjang dan kuat. Akar pokok kimcam akan membentuk seakan lapisan hamparan yang tebal dan membolehkan akar ini memegang tanah dengan baik. Keadaan ini akan membantu mengurangkan hakisan tanah.

Pokok kimcam amat sesuai ditanam dilereng-lereng dan cerun-cerun bukit. Selain membantu mengurangkan hakisan, pokok ini turut menjadi tanaman landskap yang cantik.

Subhanallah..

#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...