Keunikan kelulut ini juga boleh dilihat pada corong masuk yang dibina megah. Corong yang dibina dari sumber damar ini dilihat seakan-akan bentuk tanduk atau seakan-akan pencawang penerima isyarat!
Walaupun kelulut ini tidak dikategori sebagai kelulut damar, namun masih terdapat keperluan sumber damar dalam binaan corongnya. Ini menjadikan spesis cantik ini sering ditemui berhampiran pinggir hutan yang mempunyai sumber damar.
Terima kasih kepada pemilik cik MEL (Tetragonula melina), saudara Ikhwan Nadzir diatas kebenaran mengambil gambar bagi tujuan perkongsian maklumat.
Jika anda ingin saksikan ratu kelulut T melina milik K-Miss, Selangor Fruit Valley, sila klik disini.
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
19/9/19
No comments:
Post a Comment