Mungkin ada yang sempat mengikuti Seminar Florikultur 2019 anjuran Jabatan Pertanian Malaysia pada 19 mac 2019 yang lalu.
Selain berkesempatan mengikuti dan mendalami ilmu dengan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh para penceramah yang hebat, para peserta juga tidak lepas mengagumi perhiasan pentas yang dihias cantik oleh pegawai dan pekerja dari Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya.
Tahukah kita diantara barisan hiasan tumbuhan dan bunga pentas yang cantik itu, terdapat rumpai yang tumbuh liar dikawasan akuatik berdekatan dengan tanah lombong?
Rumpai tersebut adalah Typha angustifolia atau lebih dikenali sebagai rumpai ekor kucing!
Rumpai Typha ini adalah sejenis rumpai liar yang tumbuh dikawasan yang berair dan hidup subur terutama pada kawasan yang banyak memperolehi nutrien yang larut.
Rumpai ini bukan sahaja dikatakan boleh dimakan, malah ianya berpotensi dan semakin diminati dalam industri florikultur dalam menjana pendapatan.
Walaupun rumpai ini boleh dimakan, langkah-langkah keselamatan perlu diambil dengan tidak menjadikan rumpai ini sebagai bahan makanan sekiranya ia tumbuh dikawasan yang tercemar dan toksik. Ini adalah kerana rumpai Typha ini mampu untuk menyerap pencemaran yang ada terutama pada air dan tanah!
Rumpai Typha angustifolia ini merupakan salah satu jenis rumpai yang berupaya menyerap bahan-bahan logam berat seterusnya dapat mengurang dan menghapus pencemaran yang terdapat pada air dan tanah. Ia adalah phytoremediator atau bioremediator yang boleh membantu memulihkan pencemaran pada alam sekitar....
Subhanallah...hebatnya ciptaan Allah...Kita sebagai manusia hanya perlu mengupas setiap ilmu yang ada dengan baik...
#Allahuakbar
#SeksyenKomoditiBernilaiTinggi
#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
-
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam ju...
No comments:
Post a Comment