Friday, September 20, 2019

LABAH-LABAH KETAM PUTIH MENGINTAI DAN MEMBUNUH KELULUT

Labah-labah ketam putih (white crab spider) bukan merupakan pemangsa yang mengakibatkan kematian yang banyak dalam koloni kelulut.

Perkongsian maklumat ini hanya sekadar untuk memaklumkan penternak bahawa didalam ekosistem, wujud pelbagai jenis pemangsa yang akan menjadikan kelulut kesayangan kita sebagai sumber makanan.



Labah-labah ketam putih ini tidak akan membina jaringan seperti labah-labah yang lain bagi menangkap mangsanya. Ia mempunyai dua pasang kaki depan yang kuat dan besar berbanding dengan dua pasang kakinya yang lain. Kaki-kaki depan inilah yang akan digunakan untuk menangkap mangsa-mangsanya. Ia turut mempunyai sepasang mata depan yang besar.


Labah-labah ini bijak dalam penyamaran (camouflage), ia memburu diwaktu siang (diurnal). Ia akan menunggu disebalik bunga atau daun dan mampu menunggu dilokasi yang sama berhari-hari atau berminggu-minggu lamanya.



Warna badannya yang menyukarkan mangsa untuk menyedari kehadiran mereka disitu, menyebabkan mereka mudah untuk menangkap mangsa yang terdiri dari serangga yang mengambil nektar dan pollen seperti kelulut, lebah dan rama-rama!

Kakinya yang kuat akan menangkap mangsa,  lantas ia menggigit mangsa yang telah ditangkap. Bisa gigitan akan menyebabkan mangsa lemah dan mati. Labah-labah ini akan menghisap cairan badan mangsa sehingga kering.

Ptif Perak
#My1DOA
#PertanianHebat
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...