Kumbang merah palma telah diwartakan sebagai perosak berbahaya dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Julai 2011. Perosak ini sangat agresif dan berbahaya yang menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman kelapa.
Kitaran hidup kumbang ini adalah terdiri dari 4 peringkat iaitu telur, larva, pupa dan dewasa. Kumbang merah palma akan melengkapkan kitaran hidupnya didalam pokok kelapa tersebut.
Sepanjang hayatnya, kumbang betina bertelur purata 250 biji telur dan mampu bertelur sehingga 500 biji telur. Telur ini akan menetas dalam tempoh 3 ke 5 hari.
Larva kumbang merah palma berwarna putih kekuningan dan akan melalui 8 ke 9 instar mengambil tempoh 25 hingga 105 hari untuk matang. Larva ini akan mula mengorek ke dalam umbut dan batang pokok untuk memakan bahagian lembut yang terdapat dalam pokok kelapa tersebut.
Larva pada instar yang terakhir akan bergerak dari bahagian umbut kelapa ke bahagian pelepah kelapa yang terdapat banyak fiber bagi membentuk kokun. Ia akan bertukar menjadi pupa.
Kumbang dewasa boleh hidup antara 2 ke 3 bulan. Ianya aktif di waktu siang. Kumbang dewasa mampu terbang jauh lebih kurang 900 meter ke perumah atau tempat pembiakan yang baru.Ini menyebabkan serangan cepat merebak dari pokok ke pokok yang lain.
Kesan Serangan:
Kekuningan atau layu, kering dan mati pada seluruh daun. Pelepah patah dan tergantung di pokok.
Kesan serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi tunggul.
Kecederaan pada pangkal pelepah.
Terdapat lubang di mana keluar cecair berwarna kuning ke coklat dan berbau masam. Tisu-tisu yang telah dimakan dibuang sekitar lubang.
Kumbang Merah Palma bukan sahaja menyerang pokok kelapa. Ia turut menyerangan tanaman lain seperti pokok sagu, pokok salak, pokok kurma, pokok pinang dan pokok-pokok hiasan jenis palma.
#PtifPerak
#My1DOA
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
-
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam ju...
No comments:
Post a Comment