Air kelapa pandan adalah diantara jenis kelapa yang sesuai untuk dijadikan minuman segar kerana kemanisan dan aromanya yang unik. Aroma bau pandan yang terdapat pada kelapa pandan adalah disebabkan oleh komponen 2-acetyl-1-pyrroline (2-AP). Slluurrrppp! Akak memang suka sangat dengan air kelapa muda ni!
Kita perlu tahu bahawa buah kelapa mengambil masa 12 bulan untuk matang dan tua. Namun, bagi mendapatkan air kelapa muda yang manis dan mempunyai isi kelapa yang seakan jeli, buah kelapa perlu dituai pada peringkat 6 ke 7 bulan selepas disenyawakan. Hmmm... macam mana kita nak tahu yang peringkat yang mana yang sesuai dipetik untuk kita jadikan minuman segar? Nanti akak tunjukkan cara bergambar untuk memudahkan kita memilih buah muda yang sesuai untuk dipetik....
Air kelapa merupakan endosperma dalam ovari kelapa dalam keadaan cecair. Air kelapa mula terbentuk pada bulan kedua selepas persenyawaan. Air kelapa pada peringkat awal pembentukan adalah agak masam. Kemanisan pada buah kelapa akan mula meningkat apabila memasuki bulan kelima pertumbuhan.
Pada bulan ke enam dan ke tujuh, air kelapa sudah sesuai untuk diminum kerana ia mula mempunyai kemanisan serta pada dinding tempurung kelapa juga sudah mula terdapat isi yang mula menebal yang seakan jeli. Haaa...diperingkat inilah kalau kita boleh petik dan menikmati airnya dikala cuaca panas...pergh! Nyaman dan nikmatnya, kan?
Di bawah ini, akak sertakan penerangan bergambar buat panduan semua. Semoga dengan panduan yang ringkas ini, kita dapat mengenalpasti peringkat yang sesuai untuk kita dapatkan buah kelapa yang mengandungi air yang manis dan isinya yang yummy ... 😍😍😍
Terima kasih kerana sudi membaca...
Untuk bacaan yang berkaitan boleh ke: https://nurhafizahsharudin.blogspot.com/2019/09/mengapa-buah-kelapa-pandan-hilang-aroma.html?m=1
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
22/9/2019
Terima kasih atas perkongsian. Saya dah lama nak cari cara dia. Alhamdulillah skrng dah tahu. Teruskan dgn blog akak. Saya sgt berbangga melihat saudara muslimah kita dalam bidang sains. Semoga ia memutik minat generasi muda.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete