Monday, September 23, 2019

APAKAH FUNGSI TOMBONG / HAUSTORIUM DALAM PERCAMBAHAN BUAH KELAPA?

Masa zaman kanak-kanak akak, akak dan adik-adik akan teruja setiap kali mak akak mengupas kelapa. Kami berebut ingin mendapatkan tombong atau tumbuh (coconut apple) yang berada didalam biji kelapa berkenaan. Rasanya yang lemak, rangup dan manis menjadikan tombong ini makanan unik yang menjadi rebutan.


Tombong kelapa merupakan salah satu dari bahagian yang terdapat didalam buah kelapa yang sedap dimakan. Ia mempunyai rasa rangup diluar, dan seakan span didalam,  beserta rasa berjus kemanisan air kelapa didalam.

Tombong ini hanya diperolehi dari buah kelapa yang sudah mula bercambah. Semakin panjang pucuk yang keluar, saiz tombong semakin membesar. Namun, kemanisan tombong juga akan turun berkurang.





Tahukah kita apa sebenarnya fungsi tombong ini?

Tombong ini adalah bahagian yang bersambung dengan embrio kelapa Ia adalah seumpama kotiledon bagi membekalkan makanan untuk semasa percambahan biji kelapa.  Tombong ini akan mula membesar dan berkembang menghala ke bahagian dalam buah kelapa. Tombong ini akan mula menyerap air kelapa dan akan semakin mengembang dan membesar.



Semakin ia mengembang dan membesar, ia akan mula menghimpit permukaan endosperma (isi kelapa). Ketika ini ia mula mencernakan bahagian permukaan yang dihimpit dan mula menyerap nutrien dari endosperma. Semakin lama, permukaan endosperma akan mula menipis kerana telah dicerna oleh tombong.

Tombong akan berhenti mengembang dan membesar sebaik sahaja ia memenuhi keseluruhan tempurung dan apabila semua endosperma telah diserap.

Nutrien yang telah dicerna dan diserap oleh tombong akan disalurkan kepada embrio untuk pembentukan pucuk dan akar (percambahan).

Tombong bertindak sebagai pembekal makanan  kepada anak pokok kelapa dalam tempoh lebih kurang 4 bulan sahaja. Selepas proses ini, anak pokok kelapa memerlukan bekalan nutrien yang akan diambil dari proses fotosintesis serta melalui akar.

Jika ingin membaca lebih lanjut sila klik disini.

Subhanallah...

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

23/9/2019


1 comment:

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...