Wednesday, September 11, 2019

KENAPA TEMPURUNG KELAPA BERLUBANG?

Tempurung merupakan bahagian keras yang melindungi bahagian kelapa yang lembut. Apabila sabut kelapa dibuang, adakalanya kita boleh melihat tempurung tersebut seolah-olah mempunyai sepasang mata berserta mulut yang kadang-kadang menyerupai muka seekor monyet!




Kenapa tempurung ini berlubang?

Buah kelapa terhasil dari bunga betina yang telah berjaya didebunga dan disenyawakan oleh debunga dari bunga jantan.

Bunga betina kelapa mempunyai ovari yang mengandungi 3 ovul. Pada kebiasaannya hanya terdapat satu ovul sahaja yang disenyawakan dan ovul ini mula membentuk embrio dan seterusnya embrio ini mula bercambah dan keluar sebagai anak pokok kelapa. Embrio yang sudah bercambah akan keluar melalui lubang percambahan yang terdapat pada permukaan tempurung berkenaan.




Dalam keadaan yang lain, mungkin lebih dari satu ovul akan disenyawakan. Maka akan keluarlah sama ada 2 atau 3 pokok anak benih kelapa secara serentak.

Ini bermakna bukanlah sesuatu yang pelik atau unik sekiranya sebiji kelapa mengeluarkan 2 atau 3 anak pokok serentak!




Untuk tujuan penanaman kelapa secara komersil, hanya anak benih dengan satu anak pokok sahaja di pilih. Manakala yang lebih dari satu pokok hanya sesuai untuk landskap atau tanaman hiasan kerana pokok-pokok ini turut boleh mengeluarkan hasil seperti biasa.

Untuk bacaan lanjut, sila klik disini.

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

11/9/2019

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...