Wednesday, September 11, 2019

MENGAPA POKOK HASIL BENIH CANTUMAN LEBIH CEPAT MENGELUARKAN BUAH BERBANDING POKOK YANG DI HASILKAN MELALUI BIJI BENIH?

Kalau kita perhatikan, pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil lebih cepat berbanding pokok durian yang ditanam dari benih anak biji yang disemai. Pokok hasil cantuman akan mula mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas ditanam ataupun mungkin lebih awal dari itu. Manakala, pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 –10 tahun menanam.


KENAPA INI BERLAKU? 

Anak benih yang terhasil dari biji benih akan melalui tiga peringkat pertumbuhan yang turut dikenali sebagai fisiologi penuaan (physiology aging):

1. Peringkat embryogenesis
    -Fasa persenyawaan sehingga terbentuk biji benih

2. Peringkat pertumbuhan vegetatif
    -Fasa percambahan sehingga pokok matang atau 
     dikenali sebagai fasa juvenil (Fasa remaja pokok 
     dimana pokok menjalani proses pembentukan)

3. Peringkat reproduktif
    -Fasa dimana bunga sudah mula terbentuk dan 
     telah bersedia untuk pendebungaan dan 
     persenyawaan.

Apabila anak benih biji ditanam, ia perlu melalui fasa juvenil terlebih dahulu. Peringkat juvenil adalah peringkat pertumbuhan vegetatif bermula dari peringkat percambahan sehinggalah ke peringkat dimana pokok sudah mula akan mampu mengeluarkan bunga (akan mula masuk peringkat reproduktif).

Ketika peringkat juvenil ini, pokok secara aktignya akan meningkatkan penghasilan akar yang banyak, tumbesaran batang akan bertambah, penghasilan ranting, pembentukan kanopi pokok dan peningkatan ketinggian pokok, melainkan bahagian reproduktif dimana pokok belum mampu untuk mengeluarkan bunga walaupun keadaan persekitaran dalam keadaan kondusif penghasilan bunga.

Selepas peringkat juvenil telah lengkap, pokok telah matang dan ketika ini pokok telah memasuki fasa reproduktif dan akan berlaku pengeluaran bunga dan seterusnya pembentukan buah.

Pokok yang ditanam dari hasil cantuman masih perlu melalui peringkat pertumbuhan juvenil, namun tempoh tersebut lebih singkat berbanding pokok dari biji benih. Maka, proses pengeluaran bunga dan buah adalah lebih cepat terhasil.

Allah Maha Besar.

#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia


11/9/19




No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...