Wednesday, September 11, 2019

RESIN DAN KELULUT

Resin atau Damar ialah rembesan hidrokarbon kebanyakan tumbuhan. Resin juga boleh dianggap sebagai getah yang dirembeskan oleh pokok.

Pokok Nolfolk pine

Luka yang terdapat pada akar pokok Nolfolk pine mengeluarkan resin

Resin pada kebanyakan tumbuhan berfungsi sebagai salah satu bahan untuk merawat luka atau menghalang serangan bakteria atau penyakit pada pokok tersebut.

Tahukah kita bahawa kelulut juga memerlukan resin-resin ini sebagai keperluan asas mereka?

Kelulut Geniotrigona thoracica sedang mengumpul resin

Kelulut mengambil resin ini untuk binaan corong, binaan sarang, penghasilan kantung-kantung, membaiki rekahan pada sarang dan juga sebagai senjata untuk mengawal musuh.

Terima kasih kepada model saya kali ini Cik Geniotrigona thoracica diatas kerjasama yang diberikan.

Sila saksikan video berkaitan di http://bit.ly/NHSchannel


Ptif Perak
#My1DOA
#PertanianHebat
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...