Tuesday, September 10, 2019

PENGHALAU SERANGGA/INSECT REPELLENT (Menggunakan kulit kayu manis dan bunga cengkih)

Kepada sesiapa yang mungkin berminat untuk menanam sayur-sayuran di tepi rumah untuk makan sendiri. Tuan puan tidak perlu mengeluarkan duit bagi membeli racun untuk membunuh serangga perosak. Banyak kaedah yang boleh kita gunakan sekadar untuk menghalau serangga dari memusnahkan tanaman kita.

Di sini saya kongsi kaedah semulajadi untuk menghalau serangga perosak (insect repellent) menggunakan kulit kayu manis dan bunga cengkih. Kaedah ini setakat hari ini telah berjaya mengurangkan serangan lalat putih dan hama pada tanaman pokok cili, serta turut membantu mengurangkan serangan bari-bari dan serangga yang menyerang tanaman cendawan.

Kaedah ini setakat ini dapat membantu dalam proses menghalau serangga seperti trip, lalat putih serta bari-bari., malah kosnya rendah disamping dapat menjamin keselamatan dan kesihatan makanan yang kita tanam. Ia juga tidak memberi kesan pada agen pendebungaan seperti lebah dan kelulut serta serangga berfaedah yang lain.

Bahan- bahan yang diperlukan ialah:

Botol kosong yang bersih
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih
Penebuk lubang
Dawai
Air

Kaedah-kaedah:

1. Botol yang bersih ditebuk separuh dari saiz botol (ikut kesesuaian)
2. Letak kulit kayu manis, bunga cengkih dan rendamkan dengan air seperti di dalam gambar.


3. Gantung di bahagian yang berdekatan dengan tanaman.
4. Tukar dengan bahan baru apabila bau sudah hilang.

Selamat mencuba.
#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...