RAMADAN 19: PUASA MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH
Banyak kajian yang menunjukkan kesan positif puasa Ramadan ke atas sistem imun.
Dengan berpuasa, sel darah putih yang baru dapat dihasilkan dan seterusnya membantu meningkatkan keupayaan sistem imun bagi melawan jangkitan.
.
Ketika berpuasa tubuh akan menggunakan glukosa dan lemak yang disimpan. Sel stem akan mula menghasilkan sel-sel baru dalam sistem imun.Puasa juga mengurangkan simptom keradangan kronik yang ada pada tubuh.
.
Seperti yang kita tahu, puasa menguatkan sistem imun tubuh dan memperbaharui sel darah putih serta mampu mengurangkan keradangan dalam tubuh. Namun, keberkesanan ini bergantung kepada jenis makanan dan minuman yang diambil ketika bersahur dan ketika berbuka puasa ‼️
.
Pengambilan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka akan memberi impak yang positif kepada tubuh. Antaranya; penurunan berat badan, pengurangan keradangan kronik pada tubuh, menstabilkan paras insulin dan gula dalam darah serta meningkatkan imuniti tubuh.
.
Adalah penting untuk mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan dan mengambil makanan tinggi serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai warna, mengurangkan pengambilan makanan berminyak, kurangkan pengambilan karbohidrat serta minum air kosong yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
.
Sekiranya seseorang yang berpuasa merupakan seorang yang merokok, minum minuman yang manis, serta mengambil banyak makanan yang manis, bergoreng dan berlemak, ini akan menyebabkan efek puasa dalam meningkatkan sistem imun dan kesihatan tubuh tidak akan berlaku‼️
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
No comments:
Post a Comment