RAMADAN 20: PROSES AUTOLISIS KETIKA PUASA
.
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Ketika berpuasa organ yang terdapat pada tubuh kita membersihkan “dirinya” dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.
.
Berpuasa juga membolehkan tubuh membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan serta memberikan kesempatan kepada sel-sel baru untuk dibaiki.
.
Melalui puasa, lebih mempercepat terbentuknya kembali (regenerasi) tunas-tunas protein, lemak, kolesterol, dan fosfat serta membersihkan sel-sel lemak yang menggumpal dalam hati. Inilah yang dinamakan proses autolisis.
.
Autolisis adalah proses pembuangan sel-sel yang mati atau rosak di dalam tubuh kita dan ia mempunyai 4 peringkat:
✅ Cleanse (Menbersihkan)
✅ 3 R: Recover (Menyembuhkan), Regenerate
(Penghasilan baru), Repair (Membaiki)
✅ Detox and healing process (proses detok
dan penyembuhan)
✅ Reborn (Hasil semula)
.
Ketika pada hari-hari biasa, badan perlukan tempoh 90 hari untuk perbaiki dalaman kita, tetapi ketika kita berpuasa, hanya perlukan selama 30 hari sahaja.
.
10 hari pertama, hanya 10% sahaja proses autolisis berlaku. Pada 10 hari kedua, sebanyak 66% autolisis berlaku dan pada 10 hari ke tiga, 100% autolisis berlaku pada tubuh.
.
Autolisis akan aktif apabila kadar glikogen darah berkurang dan otak menyimpulkan bahawa kita sedang lapar dan perlukan makanan namun kita berniat untuk tidak makan atau sedang berpuasa.
.
Proses autolisis yang sebenarnya akan bermula sebagai reaksi tubuh setelah dua atau tiga hari kita berpuasa.
.
Setelah dua atau tiga hari puasa, maka tubuh akan mulai mengeluarkan bahan toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh (proses detoksifikasi). Keadaan ini akan menyebabkan tubuh rasa lesu dan mengantuk diawal puasa.
.
Pada peringkat awal berpuasa, kita juga akan melalui fasa bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kuit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.
Subhanallah...
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
No comments:
Post a Comment