RAMADAN KE 12: MANFAAT PUASA KEPADA KESIHATAN KULIT
.
Puasa tidak hanya baik untuk kesihatan tubuh, secara tidak langsung, puasa memberi manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
.
Berpuasa secara rutin dapat meningkatkan penghasilan antioksida yang dapat mencegah penuaan dan kerutan di kulit.
Selain itu, puasa juga boleh mengembalikan keseimbangan mikrobiom yang akhirnya dapat membuat kulit jadi lebih bersih.
.
Ketika kita berpuasa, penghasilan hormon pertumbuhan manusia atau human growth hormone (HGH) didalam tubuh akan meningkat.
.
Hormon tersebut membantu dalam meremajakan kulit dengan meningkatkan elastisitasi kulit sehingga kulit nampak lebih muda dan segar.
.
Proses penghasilan sel baru (regenerasi) juga berlaku ketika kita berpuasa. Ini akan membuatkan penampilan kulit kita lebih sihat dan berseri.
.
Pengambilan makanan yang sihat dengan kalori yang rendah dapat membantu tubuh menjalani proses detoksifikasi kulit ketika kita berpuasa. Pengambilan kalori yang rendah dapat menstabilkan metabolisma tubuh dan meningkatkan kadar antioksida, dan ini akan membantu menghasilkan kulit yang sihat.
.
Keradangan adalah antara penyebab pelbagai penyakit dan kerosakan pada kulit seperti penghasilan jerawat, kulit kemerahan dan sebagainya. Puasa dapat membantu mengurangi keradangan dengan cara meningkatkan jumlah antioksidan di dalam tubuh. Antioksidan akan bekerja mengurangkan radikal bebas yang sering menyebabkan keradangan pada kulit.
.
Puasa turut dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kulit lebih cepat dan memperbaiki sel tubuh atau kulit yang rosak. Ini adalah kerana ketika kita berpuasa, proses penghasilan sel baru meregenerasi sel dalam dilakukan dengan cepat dan ini menyebabkan sel-sel yang rosak digantikan dengan sel yang baru dan sihat, sekali gus mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit.
.
Kesimpulannya, dalam mengekalkan kesihatan kulit sewaktu berpuasa, pastikan kita mengambil makanan yang sihat dan pengambilan air kosong yang mencukupi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan yang paling penting, pastikan bersahur‼️
.
Selain memastikan pengambilan nutrisi dalaman yang baik untuk tubuh, kita juga perlu membekalkan nutrisi luaran untuk kulit.
.
Kita dianjurkan untuk membersihkan kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari, memakai pelembap dan pelindung kulit dari matahari ketika beraktiviti di luar.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
No comments:
Post a Comment