RAMADAN 16: KELEBIHAN BERBUKA DENGAN KURMA
.
Kurma dikategorikan kepada tiga jenis iaitu khal, ruthob, dan tamar yang bergantung kepada peringkat kematangannya.
.
Kurma khal merupakan kurma yang segar, masak keras, dan rangup.
.
Kurma ruthob atau kurma basah pula merupakan kurma yang masak separuh yang mana teksturnya antara rangup dan lembut.
.
Kurma tamar atau kurma kering ialah kurma yang masak penuh.
.
Manakala kurma mentah pula dikenali sebagai kimri.
Kurma merupakan makanan sunnah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila diantara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”. (Hadis, Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).
Kita disunatkan untuk memula berbuka dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Buah kurma mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
✅ Makan kurma semasa berbuka puasa akan membantu untuk cepat kenyang dan mengelak makan makanan yang berlebihan yang akan memberi kesan negatif pada penghadaman.
.
✅ Kurma akan meningkatkan jus penghadaman dan menyediakan perut untuk menerima jumlah makanan yang banyak setelah seharian berpuasa.
.
✅ Kurma boleh dihadam dengan cepat dan tidak akan membebankan perut orang yang berpuasa. Penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia.
.
✅ Kurma memiliki nilai indeks glikemik (GI) yang rendah. Indeks glikemik menunjukkan kemampuan suatu makanan untuk meningkatkan gula darah.
Nutrition Journal menyebutkan nilai indeks glisemik kurma adalah di antara 44-45. Nilai GI yang berada di bawah angka 55 ini termasuk rendah.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
No comments:
Post a Comment