Tuesday, April 19, 2022

RAMADAN 17: PENJAGAAN SISTEM PENGHADAMAN KETIKA BERPUASA

RAMADAN 17: PENJAGAAN SISTEM PENGHADAMAN KETIKA BERPUASA


.
Sistem pencernaan adalah diantara sistem yang sangat penting untuk dijaga terutama sepanjang bulan Ramadan. Melalui sistem pencernaan inilah makanan akan menjalani proses pemecahan kepada nutrien yang diperlukan untuk diserap oleh tubuh kita.

Pengambilan makanan tinggi serat boleh meningkatkan kesihatan pencernaan kita. Makanan dengan serat yang tinggi membantu menjaga pergerakan makanan melalui saluran penghadaman.

Bagi mengekalkan kesihatan penghadaman yang sihat, kita perlu mengelak makan makanan berlemak yang cenderung melambatkan proses pencernaan. Ini tidak bermakna kita tidak boleh langsung mengambil lemak.
.
Lemak mempunyai fungsi yang baik untuk kesihatan tubuh, namun lemak yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh kita. Diantara fungsi lemak selain berada di kulit dan sekitarnya, lapisan lemak merupakan pelindung yang menyelimuti organ utama (termasuk otak dan jantung), saraf, jaringan tisu dan tulang kita.

Ketika berpuasa, kita perlu memastikan tubuh mendapat air kosong secukupnya iaitu 8 gelas sehari bagi mengekalkan kesihatan sistem pencernaan. Dengan kuantiti pengambilan air yang mencukupi, serat akan menariknya bersama ke dalam usus besar bagi membentuk najis yang lebih lembut dan melepasi dengan mudah, seterusnya mencegah sembelit.
.
Kita turut disarankan untuk mengunyah makanan dengan perlahan-lahan ketika berpuasa bagi mengurangkan beban pada sistem penghadaman dan membolehkan tubuh dan otak memberitahu kita bahawa kita sudah kenyang.
.
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus2022
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...