Pelbagai perangkap yang boleh digunakan menggunakan kedua bahan ini tapi kali ini saya akan kongsi bagaimana menggunakan perangkap kaedah steiner.
Penggunaan kedua bahan pemikat ini adalah untuk menarik perhatian HANYA LALAT BUAH JANTAN yang menyangka bauan tersebut terhasil dari lalat betina yang ingin mengawan. Terima kasih Abe Put Azmi dari Biosekuriti Titi Gantong diatas perkongsian serta persediaan bahan.
Kaedah:
1. Titiskan methyl eugenol atau cure lure yang telah dicampur racun serangga pada nisbah 4:1 (contoh: 4ml bahan pemikat dicampur dengan 1ml racun serangga) pada kapas yang disediakan dan dimasukkan ke dalam perangkap steiner.
Lalat jantan akan memasuki perangkap dan akan mati apabila terhidu racun berkenaan. Ini akan menyebabkan populasi lalat buah akan menurun kerana proses persenyawaan tidak atau kurang berlaku akibat kekurangan lalat buah jantan.
Saya akan kongsi kaedah penggunaan perangkap yang lain pada masa yang terdekat. In sya Allah.
#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
No comments:
Post a Comment