Monday, September 9, 2019

LARVA LALAT FORID (Megaselia scalaris) PEROSAK CENDAWAN KUKUR / SISIR (Schizophyllum commune)

Terdapat pelbagai spesis lalat forid yang telah dikenal pasti dan diantaranya ialah lalat forid yang dikenali sebagai Megaselia scalaris.


Serangga dewasa M scalaris akan mudah tertarik kepada sumber makanan yang mengandungi kandungan cairan kemanisan (gula). Ia akan menggunakan bahagian mulutnya yang seakan span bagi menyerap cairan kemanisan tersebut sebagai sumber tenaga. Ia sering ditemui pada pisang yang masak ranum kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi.


Lalat ini pernah direkodkan menyerang pelbagai cendawan yang diusahakan termasuk cendawan liar seperti cendawan Auricularia sp, Pleurotus sp dan Termitomyces sp.


Lalat betina mudah tertarik kepada bau cendawan yang kuat dan akan bertelur pada cendawan berkenaan. Cendawan mempunyai kandungan fiber, karbohidrat terutamanya protin yang boleh digunakan untuk tumbesaran larva.
Lalat betina akan bertelur dimana-mana kawasan yang terdapat bahan organik termasuk bahan tumbuhan dan buah-buahan yang sedang mereput, sisa-sisa haiwan termasuk daging haiwan, najis dan pelbagai lagi.


Sama seperti lalat dewasa, larva M scalaris boleh hidup pada pelbagai habitat dan makan pelbagai jenis bahan organik dari tumbuhan atau haiwan.

Lalat forid ini berpotensi juga untuk menjadi perosak pada koloni kelulut jika tidak dikawal dengan betul dan berkesan.


Terima kasih buat Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian yang membuat mengecaman telur serangga dan tidak lupa buat pn Wardah Suleiman dan pn Khamsiah diatas usaha yang dijalankan.

#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...