Sebelum ini saya ada memuat naik artikel ringkas kawalan lalat buah jantan menggunakan methyl eugenol dan cure lure menggunakan kaedah perangkap steiner.
Untuk artikel kali ini, saya kongsikan lagi satu kaedah yang pernah usahawan gunakan bagi mengawal populasi lalat buah. Kaedah ini hanya menggunakan botol-botol terbuang dan methyl eugenol sahaja, namun masih efektif dan mampu mengawal populasi lalat jantan.
Sila ikut panduan yang terdapat pada gambar-gambar yang saya lampirkan disini.
Perlu dingatkan disini bahawa, methyl eugenol adalah bahan kimia yang menyamai bau feromon yang dihasilkan oleh lalat buah betina untuk menarik perhatian lalat buah jantan untuk mengawan.
Maka kaedah perangkap ini adalah HANYA untuk menarik perhatian lalat buah jantan bukan untuk membunuh. Namun, inovasi perlu dilakukan agar lalat buah jantan yang telah terperangkap tidak dapat keluar dan seterusnya akan mati didalam perangkap.
Kawalan terhadap lalat buah jantan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar pembiakan lalat buah secara semulajadi.
#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
No comments:
Post a Comment