Sebenarnya..bunga mawar yang berkelopak warna-warni seperti pelangi itu adalah dihasilkan melalui kreativiti manusia sahaja! Terima kasih kepada pegawai di Unit Florikultur, Seksyen Komoditi Bernilai Tinggi, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya kerana berkongsi maklumat ini...
Untuk menghasilkan bunga mawar pelangi ini, bunga mawar berwarna putih akan digunakan. Batang bunga ini akan dibelah tiga atau empat bahagian. Batang bunga yang telah dibelah, dicelup dalam bekas yang berisi warna yang berbeza bagi setiap satu.
Pewarna yang sering digunakan ialah pewarna makanan. Warna-warna asas seperti merah, biru, kuning dan hijau akan digunakan. Semakin tinggi kepekatan warna digunakan, semakin terang warna diserap oleh kelopak bunga.
Batang yang direndam dibiarkan selama sekurang-kurangnya 24 jam. Batang yang dibelah, akan menyerap air berwarna dan menyalurkan warna pada kelopak bunga ros dan meninggalkan warna disitu.
Semasa proses penyerapan, warna akan muka bercampur dan menghasilkan warna-warna pelangi pada bunga mawar yang berwarna putih pada asalnya.
#UnitFlorikuturSeksyenKomoditiBernilaiTinggi
#BahagianPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
No comments:
Post a Comment