Sunday, September 8, 2019

KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASA/MULONG/BAKONG (Crinum asiaticum)

KHASIAT DAUN MULONG/BAKONG/TEMBAGA SUASA (Crinum asiaticum)

Pokok tembaga suasa merupakan pokok hiasan yang sering ditanam terutama di jalan-jalan utama. Ramai yang tidak mengetahui bahawa daun ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

Di sini akak kongsi Petua Mak akak untuk panduan semua. Akak pinjam gambar adik ipar akak yang tak berapa nak hensem Zulkifli Ishak sebagai ilustrasi. He he he...

Menurut mak, bagi mengurangkan bengkak pada anggota badan, daun mulong boleh digunakan untuk membalut anggota yang terlibat. Daun mulong ada tiga jenis; warna hijau, hijau putih dan hijau kuning. Yang mak akak guna adalah daun yang berwarna hijau. Daun mulong hijau ini lebih lembut berbanding daun mulong yang lain yang lebih cantik warnanya.


Sebelum ambil daun tersebut, sebaiknya beri salam dulu kepada Nabi Alias (penjaga pokok-pokok). Daun mulong dititik-titik bagi lembut dan keluar air daun sedikit.

Ambil satu ulas bawang putih dan tujuh biji lada hitam ditumbuk sampai halus. Campurkan sedikit minyak pada kedua-dua bawang putih dan lada hitam tadi. Sapukan campuran tadi diatas daun mulong yang sudah dititik tadi. Layurkan daun berkenaan diatas api.


Semasa hendak membalut pada anggota terlibat,  bacalah AL FATIHAH dan SELAWAT. Sebaik-baiknya balut ketika daun tersebut masih panas lagi. Ulang menggunakan kaedah ini sehingga tiada lagi bengkak pada anggota berkenaan.

Namun, rawatan ini perlu disusuli dengan pemeriksaan doktor bagi memastikan tiada sakit yang kronik.

In sya Allah... mudah2an akan sembuh.
Wallahualam.....

#Sayangmak

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...