Dionaea muscipula adalah ikon kepada tanaman pemakan serangga di dunia ( the icon of Carnivorous Plant world)!!
Pokok ini dinamakan sebagai pokok perangkap lalat ( Venus Fly Traps) kerana ia akan menarik, memerangkap dan akan memakan lalat!
Permulaannya, tumbuhan ini akan menarik perhatian lalat dengan menghasilkan nektar yang manis yang terdapat pada kedua-dua permukaan perangkap dibahagian dalam tumbuhan tersebut.
Pada perangkap tersebut terdapat 3 ke 5 helaian rerambut dimana sekiranya lalat tersebut menyentuh rerambut tersebut, kedua-dua mulut perangkap akan tertutup dengan cepat dan lalat tersebut akan terperangkap didalam!
Semakin lalat tersebut meronta untuk melepaskan diri, semakin kuat cengkaman akan dilakukan!
Tumbuhan ini akan mengeluarkan sejenis enzim untuk mencerna mangsa yang terperangkap dan menyerap nutrien dari badan mangsa tersebut.
Selepas 1 ke 2 minggu proses pencernaan berlaku, perangkap tersebut akan dibuka semula dan rangka serangga yang tertinggal akan dibersihkan oleh air hujan...
Tumbuhan ini dikatakan bukan sekadar menangkap lalat, malah ia turut makan semut, kumbang, labah-labah malah katak yang kecil!
Hmmm... menarik dan unik tumbuhan ini ...kan? Sesuai ditanam dikawasan yang banyak dihinggapi lalat-lalat. Berminat? Boleh hubungi Gideon Lim di talian 0172919291.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Pokok tembikai Citrullus lanatus memerlukan masa 70 hingga 80 hari untuk mendapatkan hasil bergantung kepada varieti tembikai yang ditanam....
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
No comments:
Post a Comment