Gambar: Sumber google
Buah tembikai perlu dituai pada indek kematangan buah yang tepat bagi memastikan buah yang dituai adalah berkualiti untuk dipasarkan. Buah tembikai tidak akan merubah warna dan tidak akan meningkatkan kemanisan buah sebaik sahaja ianya dituai.
Indeks Kematangan Tembikai
(Sumber: FAMA)
MENGENAL PASTI TEMBIKAI YANG SESUAI UNTUK DITUAI
Tembikai dipetik kebiasaannya pada kematangan 80%. Bagaimana cara mengenal pasti kematangan tembikai?
Terdapat beberapa kaedah untuk mengenal pasti kematangan buah tembikai yang sesuai untuk dituai.
1. Melalui kulit buah
Kulit buah tembikai yang sudah
matang akan bertukar dari warna hijau
berkilat kepada kurang berkilat serta
pudar.
2. Melalui warna sulur paut
Sulur paut pada pokok tembikai akan
bertukar warna dari hijau ke kuning dan
kemudiannya kering. Sulur paut yang
kering menandakan buah tembikai
sudah terlalu matang.
menandakan buah tembikai sudah
sesuai untuk dipetik
3. Warna bahagian buah yang menyentuh
tanah
Kulit buah tembikai yang menyentuh
tanah akan bertukar menjadi warna
kuning apabila buah ini sudah matang.
4. Melalui bunyi apabila buah di tepuk
Buah tembikai yang sudah masak akan
menghasilkan bunyi yang seakan-akan
kosong atau berongga (hollow sound)
apabila ia ditepuk-tepuk dengan tangan
atau dijentik-jentik dengan jari. Buah
yang masih muda akan menghasilkan
bunyi yang padat.
4. Umur pokok
Pokok tembikai akan matang dalam
tempoh 55 hingga 88 hari selepas
ditanam.
KAEDAH MEMETIK BUAH TEMBIKAI
Tembikai yang sudah masak perlu dituai dengan memotong tangkainya. Buah ini tidak boleh dipulas atau disentap tarik dari tangkai bagi mengelakkan kecederaan pada tampuk buah. Kecederaan ini akan memberikan risiko jangkitan penyakit dan menyebabkan buah menjadi mudah busuk.
#InstitutPertanianTitiGantong,Perak
#JabatanPertanianMalaysia
15Januari2021