Lepidotrigona terminata ( L.terminata) adalah salah satu spesis yang berada dibawah genus Lepidotrigona.
Setakat hari ini direkodkan ada terdapat 12 spesis dibawah genus Lepidotrigona dan L.terminata adalah diantara spesis yang mudah untuk ditemui berbanding spesis-spesis yang lain dibawah genus yang sama.
Genus Lepidotrigona amat mudah dikenali kerana keunikan yang terdapat pada bahagian skutum serangga berkenaan. Jika diamati, kita akan dapat melihat terdapat corak yang sebenarnya adalah sisik berwarna kuning.
Corak yang terdapat pada skutum kelulut Lepidotrigona adalah berbeza diantara satu spesies yang lain selain beberapa keunikan pencirian yang mungkin terdapat pada lain-lain anggota kelulut ini.
Lepidotrigona terminata adalah merujuk kepada kelulut yang mempunyai sisik pada skutum yang seolah mempunyai sempadan corak yang jelas.
Bersama ini saya lampirkan beberapa keping gambar ratu L. terminata. Perhatikan bahagian torak ratu ini tidak mempunyai corak seperti yang terdapat pada torak kelulut betina!
Rata-rata dilihat, kelulut dibawah Lepidotrigona ini mempunyai sifat yang agak pemalu....namun pandai mencari peluang dan beradaptasi dengan keadaan persekitaran.
Terima kasih pn Hazrina Rashid diatas perkongsian ilmu... untuk saksikan video khas mengenai kelulut Lepidotrigona terminata, tuan puan boleh subscribe youtube channel di http://bit.ly/NHSchannel.
#My1DOA
#PertanianHebat
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
-
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam ju...
No comments:
Post a Comment