Dalam koloni kelulut terdapat melebihi 80% penghuninya adalah terdiri dari kelulut pekerja atau kelulut betina.
Kelulut pekerja mempunyai kantung debunga (pollen basket) di bahagian tibia pada kedua kaki belakang.
Mereka akan memasukkan debunga yang telah dikutip ke dalam kantung berkenaan untuk dibawa ke sarang. Didalam proses pengutipan debunga inilah berlakunya proses pendebungaan pada sesetengah tumbuhan.
Debunga ini akan dijadikan roti lebah (beebread) dan disimpan didalam kantung didalam sarang berdekatan dengan sel-sel telur. Roti lebah merupakan sumber protin yang akan diberikan untuk pertumbuhan dan pembesaran larva.
Sebelum ratu bertelur, pekerja akan meletakkan roti lebah ke dalam sel. Ratu akan meletakkan telur diatas roti lebah berkenaan. Setelah telur diletak, pekerja akan menutup sel berkenaan. Apabila telur tersebut menetas, larva akan terus makan roti lebah yang dibekalkan.
Pekerja juga bertugas untuk mengutip nektar yang dikeluarkan oleh bunga; serta manisan yang dirembeskan oleh beberapa jenis tumbuhan melalui daun-daun muda.
Nektar dan rembesan manisan ini disedut masuk ke perut melalui probosisnya yang panjang, dan akan bercampur dengan enzim yang terdapat didalam perut kelulut berkenaan bagi menghasilkan madu. Madu ini dibawa pulang ke sarang dan disimpan di dalam kantung-kantung yang telah disediakan.
Selain debunga dan nektar, kelulut pekerja juga akan mengutip resin untuk dibawa ke sarang. Seperti yang telah kita ketahui, resin merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kelulut. Mereka akan menggunakan mandibel mereka untuk mengutip dan menggumpalkan resin, lantas resin yang telah dikutip akan dilekatkan pada kedua belah kaki belakang untuk dibawa balik ke sarang.
Banyak lagi tugas kelulut pekerja ini.... he he he....
Untuk menyaksikan video, jangan lupa subscribe youtube channel di http://bit.ly/NHSchannel
Ptif Perak
#My1DOA
#PertanianHebat
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
-
Di Malaysia, buah tembikai yang mempunyai isi berwarna kuning jarang ditemui dipasaran. Ini adalah kerana buah tembikai ini ditanam dalam ju...
No comments:
Post a Comment