Apa dia la menatang pek nga ni ?.... He he...
Nama lain bagi pek nga ini ialah lempeng kelapa a.k.a tepek nyor. Iaitu sejenis makanan tradisional yang dicicah bersama kari. Apa-apa jenis kari la...janji kari! He he he
Resepinya tersangat-sangatla mudahnya... Tapi, kalau akak yang masak tak berapa nak sedap. Kalau mak akak yang masakkan buat akak.....perrghhh! Berkeping-keping akak tambah! Agaknya mak letak resepi rahsia dia banyak sangat kot... Nak tahu apa resepi rahsia mak akak?......Jeng ...jeng...jeng.....Kasih sayang yang tak berbelah bagi buat anak-anak dia laaaa.... Berkilo-kilo mak akak gaul masa dia bancuh tepung tu. Tu belum lagi kasih sayang yang dia dok percikkan masa letak tepung atas kuali...Hi hi hi....
Meh sini akak kongsi resepi asas pek nga ni:
Mula-mula, bancuh tepung dengan kelapa yang sudah diparut. Kalau ikut resepi mak akak, lagi banyak kelapa, lagi sedap pek nga. Mak akan letak, bagi setengah kilo tepung, mak letak sebiji kelapa yang telah diparut. Letak sedikit garam, gaul dengan air sehingga tepung tadi digaul rata. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
Selepas campuran tepung siap digaul, panaskan kuali. Apabila kuali cukup panas, ceduk tepung tadi dan letakkan atas kuali yang panas tadi. Ratakan tepung tadi sehingga membentuk bulatan yang leper dengan ketebalan tepung yang kita ingini. Biarkan sebentar. Tak payah guna minya untuk masak pek nga.
Setelah itu, balikkan kepingan pek nga dan biar sehingga masak. Angkat dan hidangkan. Akak nak pesan kat sini, jangan lupa masak kari dulu sebelum korang masak pek nga tau! Makan time pek nga panas-panas baru best!
Lepas masak dan dihidangkan...apa lagi. Jemput makan ya....
#Akakorangkampong
#Akaksayangmakakak
No comments:
Post a Comment