Friday, September 20, 2019

TELUR LACEWINGS

Lacewings merupakan serangga yang membantu didalam menstabilkan ekosistem yang jarang kita perkatakan.


Lacewings betina biasanya akan bertelur pada waktu malam. Telurnya akan kelihatan sebiji-sebiji atau adakalanya didalam kumpulan. Seekor betina mampu mengeluarkan 100 hingga 200 biji telur.

Telur-telur ini biasanya diletakkan pada pokok yang ada kehadiran afid. Setiap biji telur akan dipacakkan pada ranting/tiang yang berwarna putih dalam sepanjang lebih kurang 1cm. Selalunya telur-telur ini diletak dibawah permukaan daun. Telur-telur ini diletak sedemikian bagi mengelak dari serangan musuh.

Telur-telur itu akan menetas selepas 5 ke 7 hari. Sebaik sahaja telur tersebut menetas, larva tersebut akan menyusuri tiang berkenaan untuk mula mencari makanan.


Larva lacewings sangat pelahap dan akan memakan serangga-serangga yang berbadan lembut seperti afid, ulat, dan larva- larva serta telur- telur serangga yang lain.

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...