Dalam koloni lebah, ratu berperanan untuk menghasilkan telur. Telur yang disenyawakan oleh sperma dari lebah penjantan akan menjadi lebah pekerja (betina); manakala telur yang tidak disenyawakan akan menetas menjadi lebah penjantan.
Namun demikian, lebah pekerja yang betina turut mampu menghasilkan telur! Kenapa dan bila ianya berlaku?
Dalam keadaan yang biasa, ovari yang terdapat pada lebah pekerja betina tidak dapat berfungsi dan berkembang kerana kehadiran feromon dari lebah ratu.
Apabila ratu semakin tua dan kurang produktif, telur yang dikeluarkan semakin berkurang. Ketika ini lebah pekerja mula bersedia untuk bertelur. Keadaan yang sama juga akan berlaku sekiranya lebah ratu telah mati atau tiada.
Dikatakan hanya 1% sahaja lebah pekerja betina yang mempunyai ovari yang boleh menghasilkan telur. Ovari lebah pekerja dikatakan mula berkembang dan bersedia menghasilkan telur beberapa minggu selepas ketiadaan ratu.
Telur lebah ratu biasanya diletakkan ditengah-tengah dasar kom. Manakala telur yang dihasilkan oleh lebah pekerja betina akan diletak ditepi dinding kom. Keadaan ini berlaku kerana, abdomen lebah ratu lebih besar dan panjang berbanding abdomen lebah pekerja.
Lebah ratu akan meletakkan hanya sebiji telur dalam satu-satu kom, tetapi lebah pekerja betina akan meletakkan beberapa biji telur dalam satu-satu kom.
Telur yang dihasilkan oleh lebah pekerja betina ini adalah telur yang tidak disenyawakan. Telur ini akan menetas sebagai lebah penjantan. Jika keadaan ini berterusan, koloni lebah ini tidak akan berkembang dan akan musnah.
Kom lebah penjantan dapat dikenalpasti pada kom-kom yang telah ditutup. Kom tersebut lebih terbonjol berbanding kom lebah pekerja betina. Kehadiran kom-kom lebah penjantan yang banyak adalah salah satu tanda awal kehancuran sesuatu koloni.
#PTIFPerak
#JabatanPertanianPerak
#JabatanPertanianMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?
Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...
-
Pokok kari ( Murraya koenigii ) turut dipanggil daun kari atau karapulei memang terkenal dengan daunnya sebagai perisa dalam makanan terutam...
-
Pokok tembikai Citrullus lanatus memerlukan masa 70 hingga 80 hari untuk mendapatkan hasil bergantung kepada varieti tembikai yang ditanam....
-
Getah betik ini sedikit berasid dan mengandungi hampir 80% kandungan air. Ia turut mengandungi gula, kanji, minerals dan lain-lain, termasuk...
No comments:
Post a Comment