Friday, November 22, 2019

AIR NIRA KELAPA BUKAN SAHAJA ENAK DIMINUM; MALAH BANYAK KHASIATNYA

Akak yakin ramai diantara rakan pembaca yang turut mengemari air nira kelapa atau turut dikenali sebagai air tuak. Akak turut mengemari air ini terutama jika air ini baru sahaja dituai dari mayang kelapa dan dibiar sejuk dalam peti ais.

Air nira kelapa, segar dari ladang....

Air nira yang manis dan sejuk sememangnya menyegarkan badan. Akak pernah beli air nira ini dari adik manis Siti Maznah semasa lawatan akak ke kampung Kayan, Daerah Manjung di Perak.

Akak dapat tahu rakan seekspidisi kelulut di Pos Yum , Sg Siput, en Saiful Adenan turut mengusahakan perusahaan air nira di kawasan Sitiawan, Perak. Untungla orang-orang Manjung boleh dapat bekalan air nira segar dari kebun PNL Farm ni....

Air nira bukan saja sedap, malah ianya juga berkhasiat. Air nira ini sesuai diminum oleh mereka yang ingin sejukkan badan. Ia boleh membantu menurunkan suhu badan terutamanya mereka yang mengalami demam panas.

Air nira ini juga memberi tenaga dan membuatkan kita kekal aktif. Akak juga diberitahu, air nira ini bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Hmmm... tak sangka kan?


BAGAIMANA PROSES YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGUTIP AIR NIRA KELAPA?

Pemilihan mayang kelapa

Akak diberitahu bahawa beberapa langkah perlu dilakukan sebelum mengambil air nira kelapa ini. Yang paling penting ialah pemilihan mayang kelapa!

Seperti yang telah kita ketahui, pokok kelapa akan mengeluarkan mayang sebanyak 12 hingga 14 mayang setahun. Pemilihan mayang yang sesuai bagi penghasilan air nira adalah penting untuk mendapatkan hasil gula yang tinggi. Mayang yang telah matang, panjang dan sederhana besar biasanya sesuai disadap dan mampu mengeluarkan nira yang banyak.

Mayang kelapa yang sesuai untuk pengambilan nira biasanya masih berwarna putih. Mayang berwarna hijau adalah mayang yang sudah tua dan sudah tidak sesuai untuk penghasilan nira.

Bagi mengenalpasti mayang yang sesuai untuk pengeluaran madu, mayang tersebut masih belum keluar penuh (masih kosong dihujung mayang) dan masih belum tidak terbuka.

Hujung seludang / mayang belum penuh hingga ke hujung. 

Seludang yang baru keluar menunjukkan seludang yang sudah keluar sebelum ini telah matang dan sesuai untuk mengeluarkan nira.


Melentur mayang

Mayang atau seludang yang telah dipilih perlu dilentur perlahan-lahan supaya kedudukannya sesuai untuk pengutipan nira. Mayang ini juga akan dibalut menggunakan tali dengan jarak dua inci setiap satu ikatan. Namun, ada juga pengusaha yang menggunakan kaedah ikatan yang lain.

Mayang yang dibalut dengan tali

Untuk memudahkan kerja-kerja melentur dan mengelak supaya mayang tidak patah ketika dilentur, seludang di bahagian pangkal mayang perlu dipecahkan atau dipotong.


Pangkal mayang yang dilentur

Akak pernah angkat mayang ni. Keras dan berat kot! Macam susah je nak dilenturkan, kan? Tapi sebenarnya boleh dilentur rupanya. Cuma kena lentur sikit-sikit la. Mayang perlu ditarik perlahan-lahan untuk dilenturkan serta untuk mengelak mayang ini patah. Mayang yang patah akan menyebabkan tiada penghasilan air nira.

Pangkal mayang yang telah patah, yang tidak akan mengeluarkan air nira

Untuk memudahkan kerja melentur mayang ni, pengusaha perlu menarik mayang dengan menahan lutut dipangkal mayang tersebut! Gluurrrpp! Tinggi tu kena panjat.. ! Dan sekiranya mayang tersebut tersorok disebelah pelepah daun kelapa, pelepah itu perlu ditarah untuk mengeluarkan mayang.

Usaha melentur mayang akan mengambil masa beberapa hari sehingga mayang itu sesuai diambil niranya. Mayang tersebut perlu dilenturkan bagi memastikan kedudukan hujung mayang sentiasa menghadap ke bawah lebih kurang 45 darjah. Ini adalah untuk memastikan air nira yang terhasil akan mengalir atau menitis dengan lebih mudah dan mudah ditakungkan didalam botol.

Mayang yang telah dilentur itu ditarik dengan tali yang akan diikat pada pelepah yang berada disebelah bawah bagi memastikan mayang itu sentiasa terlentur tunduk dan sesuai untuk mengeluarkan nira dengan banyak.

Tali yang diikat pada mayang berkenaan perlu ditarik dari masa ke semasa sehingga mayang tersebut tidak lagi mengeluarkan nira.


Menyadap mayang dan pengutipan air nira

Bagi mendapatkan air nira, mayang akan disadap atau dipotong sedikit. Hujung mayang yang telah disadap akan dimasukkan dalam botol yang bersih. Botol yang akan digunakan untuk mengutip air nira terlebih dahulu akan diisi dengan racikan kayu cengal atau resak. Ada juga pengusaha yang menggunakan daun manggis. Namun penggunaan kayu cengal adalah yang terbaik.

Kayu cengal ini akan dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum diisi ke dalam botol. Kayu ini akan diulang basuh dan dikeringkan setiap kali selepas digunakan.

Racikan kayu cengal ini digunakan untuk mengelak air nira dari mudah menjadi masam atau basi. Ia juga mampu menambah rasa sedap pada air nira yang dituai. Sekiranya racikan kayu ini tidak digunakan, air nira perlu dikutip setiap 4 jam.

Racikan kayu cengal yang telah diletak didalam botol tuaian.

Mayang perlu disadap (dipotong) lebih kurang 2 inci setiap kali selepas mengutip air nira. Parang yang tajam digunakan untuk menyadap mayang kelapa. Air nira akan keluar 4 hari selepas disadap dan air nira akan mula banyak keluar pada hari ke 7 selepas di sadap. Air nira banyak keluar terutama diwaktu pagi dan agak sedikit diwaktu petang.

Pisau penyadap yang digunakan

Bagi en Saiful Adenan, beliau akan mula menyadap seawal 7 pagi dan selewat-lewatnya jam 11.00 pagi. Jika beliau menyadap pada jam 7 pagi, beliau akan mengutip air nira yang dihasilkan pada mayang berkenaan pada jam 7 petang. Dan jika beliau menyadap pada jam 7 petang, hasil akan dikumpulkan pada jam 7 pagi keesokkan harinya.

En Saiful sedang memeriksa mayang


Aktiviti menyadap dan pengambilan air nira ini dilakukan sehingga batang mayang habis disadap dan mayang tersebut sudah tidak dapat mengeluarkan hasil lagi. Bergantung kepada saiz mayang dan kesuburan pokok kelapa, pengambilan air nira bagi setiap mayang akan berlangsung antara 15hari hingga sebulan.

Rekod oleh pengusaha menunjukkan bahawa mayang kelapa MATAG menghasilkan air nira yang lebih banyak berbanding air nira dari mayang kelapa pandan. Air nira kelapa pandan juga mempunyai bau haruman daun pandan.

Air nira yang telah memenuhi botol

Botol lutsinar digunakan bagi memudahkan pemantauan


Air nira yang telah dikutip akan ditapis dan disimpan didalam peti sejuk beku bagi mengekalkan kualiti dan keenakannya. Jika disimpan di tempat sejuk biasa, air nira akan menjadi masam selepas seminggu disimpan.

Air nira yang telah dikutip

Ingin rasai kenikmatan, kesegaran dan keenakan air nira?

Bagi yang berdekatan dengan Daerah Manjung, boleh hubungi en Saiful Adenan seperti dibawah:

Air nira ini bukan sahaja digemari oleh manusia. Serangga seperti lebah dan semut turut menghurungi mayang bagi mendapatkan manisan ini... Subhanallah





Aduhai..... sedapnya air nira. 😍😍😍


#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia



1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas produk herba dari hutan jutawan herbs

    Saya syor kan herba warisan turun-temurun yg telah bantu ramai psakit kanser tahap 1–4 sembuh dgn izin Allah.
    Herba ni juga berkesan untuk:

    🔸 Luka kronik kencing manis & gula tinggi
    🔸 Gastrik gerd


    ✔ Boleh amal bersama rawatan hospital & kimoterapi
    ✔ Bantu cepatkan proses sembuh
    ✔ Fokus utama: bunuh sel kanser sampai ke akar – supaya tak berulang
    ✔ 100% herba semulajadi – selamat, tak bertoksik & tak ganggu rawatan moden
    ✔ Boleh amal harian untuk cegah kanser & bantu rwatan penyakit lain



    Ramai dah sembuh! Testimoni pesakit:

    📌 En Sharizal – Kanser Primary Mediastinal Large B-cell Lymphoma Stage 4B, merebak ke paru-paru
    📌 Pn. Nor Hayati binti Hamid – Kanser Payudara ke Paru-paru & Tulang Tahap 4
    📌 En. Mohd Asri bin Ahmad – Kanser Usus Tahap 2
    📌 Suzana binti Ahmad – Kanser Rahim merebak ke lidah Tahap 4
    📌 Nor Azian binti Sarif – Kanser Payudara Triple Negative
    📌 Muhd Aidil Izzat bin Ariffin – Kanser Burkitt Lymphoma, B-cell Phenotype Tahap 4
    📌 Noriza binti Baba – Tapak kaki terbelah sbb kencing manis, hampir dipotong, kini dah bercantum
    📌 Adik Muhd Haziq – Kanser Hodgkin Lymphoma Tahap 4
    📌 Haji Ahmad Hasnal (49 tahun) – Bengkak Prostat
    📌 Muhd Luqman bin Kamaruzaman – Kanser Gastrointestinal stromal tumor, spindle type, high grade Tahap 4
    📌 Noorazimah bt Achin – Kanser Rahim Tahap 3
    📌 Mohd Syafwan Syafiy bin Mohd Hishamuddin – Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic (ALL) Tahap 3
    📌 Siti Fauzilah bt Hj Abdullah – Kanser Pangkal Hidung Tahap 4
    📌 Asma bt Mohd Zain – Kanser Payudara Tahap 3
    📌 En. Ami Azhar – Kanser Kolon Tahap 3

    Dan ramai lagi…




    📹 Nak tengok video testimoni pesakit sembuh atau kisah kisah hidup mereka?
    Taip
    Jus infiniti blogspot com


    Wasap saya dan nanti saya beri lebih banyak testimoni2 menarik


    ❗ Jangan tunggu sakit melarat.
    Penawar dah ada. Usaha sekarang.
    Saya sedia bantu anda – dari rawatan, pemakanan hingga sokongan emosi.

    📲 WhatsApp: 017-468 7570 Mohd Zuhairi bin Noordin

    ❤ Sharing is caring – bantu sebarkan. Ramai yg dah sembuh. Anda bila lagi?



    ReplyDelete

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...