Bagi akak, cendawan ini sangat comel sesuai dengan namanya yang diambil dari Greek kuno "kalos" bermaksud cantik , dan "cubos" bermakna kepala.
Puan Cheng Poh Guat dari Ganofarm,
Tanjong Sepat, Selangor yang memulakan penanaman cendawan melati di atas tanah
Pn Sanisahuri dari Sg Besar, Selangor diantara usahawan cendawan melati yang aktif memberi kursus kepada cendawan menggunakan media jerami padi
En Jamian dari Tanjung Karang diantara pegawai yang mengembangkan teknologi penanaman cendawan menggunakan jerami padi di Tanjung Karang, Selangor
Cendawan melati ini merupakan cendawan yang mampu hidup pada pelbagai substrat. Suhu yang optima bagi pertumbuhan miselium dan pengeluaran cendawan adalah pada suhu yang tinggi 30 hingga 38 darjah celcius dan kelembapan relatif pada 80 hingga 90 %. Cendawan ini mempunyai hayat simpanan sehingga 7 hari pada suhu bilik.
Selain mempunyai hayat simpanan yang panjang, cendawan melati juga dapat mengekalkan warna putih dan rupabentuk yang segar tanpa bertukar menjadi keperangan atau kehitaman.
Cendawan ini turut kurang mendapat serangan perosak dan penyakit dan ini menyebabkan diantara sebab cendawan ini digunakan untuk menaikkan sosio ekonomi di negara India.
Selain cendawan melati, cendawan jerami atau lebih dikenali sebagai Volvariella volvacea juga merupakan spesis cendawan yang boleh hidup pada suhu yang tinggi.
Pn Suat Lin Chong membuat pemerhatian ke atas saiz cendawan melati menggunakan saiz media yang berbeza
Namun, keduanya kurang mendapat tempat pada pengusaha cendawan kerana cendawan melati mempunyai sedikit rasa pahit apabila dimakan dan cendawan jerami mempunyai jangkahayat yang singkat dan tidak tahan lama untuk disimpan.
Pn Suat Lin Chong dari Taiping, Perak bersama cendawan melati "gergasi" milik beliau
Penanaman cendawan melati menggunakan jerami padi.
Akak mula berkenalan dengan cendawan melati ini adalah pada tahun 2015. Team akak ketika itu ialah en Jamian, Pn Sanisahuri, Pn Khamsiah, pn Wardah dan En Farizan Ton.
Akak kongsi di sini pengalaman hari pertama membuat pemerhatian pada teknologi penanaman cendawan melati menggunakan jerami padi bersama en Jamian dan pn Sanisahuri
Pn khamsiah dan pn Wardah bersama hasil tuaian pertama cendawan melati yang telah berjaya dikeluarkan.
Cara penanaman cendawan melati ini tidak sama macam menanam cendawan tiram. Sehingga hari ini, penanaman cendawan melati di Malaysia dilakukan menggunakan media jerami padi, dan media habuk kayu. Perbezaannya ialah selepas miselium telah memenuhi bongkah media, casing atau lapisan organik akan digunakan untuk melitupi permukaan bongkah berkenaan.
Penanaman cendawan melati menggunakan bongkah dari jerami padi. Gambar diambil di lokasi projek pn Sanisahuri.
Penggunaan bahan organik sebagai casing untuk menutupi media yang telah dipenuhi oleh miselium ini adalah adalah amalan agronomi yang penting dalam penanaman cendawan jenis yang tumbuh di atas tanah (humicolous). Cendawan yang tumbuh pada permukaan kayu dikategorikan sebagai xilophagous.
Casing akan membantu menukarkan pertumbuhan fasa vegetatif kepada fasa penghasilan cendawan. Casing ini membantu mengekalkan kelembapan pada media cendawan. Serta membantu pertukaran gas dalam media cendawan.
Bongkah cendawan dari media jerami yang telah dipenuhi dengan miselium. Bongkah milik pn Sanisahuri.
Permukaan bongkah cendawan melati yang telah ditutupi dengan campuran organik sebagai casing. Bongkah cendawan milik pn Sanisahuri.
Setelah casing diletak pada permukaan bongkah, ia akan diperam dan disiram dengan sedikit air untuk pastikan casing tersebut sentiasa lembap untuk membantu pertumbuhan cendawan.
Setelah cendawan ini muncul, siraman hanya dilakukan pada permukaan casing sahaja. Cendawan melati akan bertukar warna kuning sekiranya air disiram terus kepada jana buah.
Jana buah cendawan melati yang sudah matang akan dipetik dengan memulas bahagian pangkal cendawan. Saiz cendawan bergantung kepada bekalan nutrien dari media yang dibekalkan pada cendawan.
Janabuah cendawan melati milik pn Sanisahuri
Bongkah yang telah dipenuhi miselium boleh disusun didalam tray dan ditutup dengan casing. Gambar menunjukkan pertumbuhan janabuah cendawan melati milik pn Sanisahuri
Bagi pengalaman akak, cendawan melati ini sedap jika digoreng. Rasanya lembut dan kenyal serta manis seperti ayam goreng. Apa yang akak buat ialah akak akan potong kecil cendawan tersebut, gaul sedikit dengan serbuk kayu manis sebelum akak gaul dengan telur dan tepung serba guna untuk digoreng. Cubalah.... Sedaaaapppp!
Cendawan melati goreng yang sedap.....nyum...nyum....
Selamat membaca dan mencuba.....
Jika berminat untuk terus membaca faktor yang mempengaruhi pertumbuhan cendawan sila klik disini.
#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia
17/12/19
Salam akak, boleh saya tahu dekat mana dan macam mana saya boleh dapatkan cendawan melati ni?
ReplyDelete