Wednesday, April 22, 2020

FUNGSI WARNA MAKANAN DALAM DIET KITA

Allah Maha Besar yang mencipta pelbagai makan dalam varieti warna dan rasa yang berbeza. Akak ingin berkongsi sedikit maklumat kepelbagai warna yang terdapat dalam makanan kita. Setiap warna ini mempunyai kandungan nutrien yang berbeza.

Warna yang akak maksudkan ialah warna semulajadi pada makanan tersebut tau! Bukan dari pewarna yang kita guna! Jangan salah faham...ha ha ha ha...


MENGAPA BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN MEMPUNYAI PELBAGAI WARNA?


Gambar sumber google

Setiap warna dalam dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah disebabkan oleh kimia semula jadi yang spesifik iaitu phytonutrients yang membantu melindungi tumbuh-tumbuhan dari bakteria, serangga, sinaran matahari dan pelbagai ancaman yang lain.

Warna-warna ini juga sebenarnya mempunyai khasiat dan fungsi yang tersendiri dalam diet makanan manusia. Akak cuba kongsikan sedikit maklumatvyang sempat akak kumpul untuk bacaan semua.

Gambar sumber google



WARNA PUTIH


Gambar sumber google


Warna putih pada makanan mempunyai banyak nutrien yang berkhasiat untuk tubuh seperti anthoxanthins, sulfur, dan quercetin. 
Bahan-bahan ini membantu menstabilkan hormon dalam tubuh serta dapat meningkatkan sistem imun dalam tubuh kerana ia berfungsi sebagai anti-viral, anti-fungal dan anti-radang yang membantu tubuh untuk melawan serangan.

Contoh makanan berwarna putih ialah:
Bawang putih,
Bawang,
Cendawan
Bunga kobis
Pisang


WARNA HIJAU


Gambar sumber google


Warna hijau pada makanan adalah disebabkan kehadiran klorofil yang merupakan pembersih semulajadi darah yang membantu aktiviti buah pinggang dan hati dalam membuang toksik dalam tubuh.

Makanan berwarna hijau mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi yang membantu membekukan darah dan membina tulang yang kuat.

Contoh makanan berwarna hijau ialah:
Sawi
Brokoli
Kacang hijau
Saleri
Bayam

WARNA KUNING


Gambar sumber google

Makanan berwarna kuning kaya dengan vitamin C. Ia membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh dan mengurangkan kesan alergi serta dapat mengekalkan kesihatan kulit. Vitamin C berfungsi mengawal radikel bebas dalam tubuh.

Makanan berwarna kuning juga mengandungi bioflavanoids yang menguatkan kolagen dalam kulit, bahagian tendon, ligamen dan tulang rawan.

Contoh makanan berwarna kuning ialah:
Lemon
Nanas
Mangga
Jagung


WARNA OREN


Gambar sumber google

Makanan berwarna oren tinggi kandunga beta-karoten, yang akan ditukarkan oleh tubuh krpada Vitamin A dan antioksidan. 

Nutrien yang terdapat pada makanan berwarna oren ini membantu dalam mengelak serangan kanser, penyakit jantung, serta membantu bahagian membran mukus dalam meningkatkan sistem imun badan. Ia juga penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan kulit. 

Contoh makanan berwarna oren ialah:
Lobak
Labu
Kentang manis
Limau


WARNA MERAH
Gambar sumber google

Makan berwarna merah kaya dengan lycopene dan anthocyanin yang berfungsi untuk membantu sistem pengedaran serta  pembinaan dinding sel yang sihat. 

Ia memperbaiki tekanan darah, fungsi organ dan pengedaran darah. Ia juga berfungsi dalam melindungi kulit dari panahan UV sinaran matahari yang akan merosakkan. 

Contoh makanan berwarna merah ialah:
Tomato
Tembikai
Cili merah
Bit


WARNA UNGU DAN BIRU


Gambar sumber google

Makanan yang berwarna ungu dan biru mengandungi antioksidan yang paling banyak berbanding makanan dari warna yang lain. 

Nutrien dari makanan berwarna ungu dan biru dikatakan dapat mengelak dari serangan pelbagai penyakit. Ia juga mampu meningkatkan kadar kolestrol baik dalam badan serta dapat membantu kecergasan otak dan meningkatkan memori.

Selain itu, ia membantu merawat kerosakan sel serta turut mengurangkan proses penuaan pada kulit. Ia turut dapat membantu mengurangkan kesan penyakit alzheimer kepada golongan tua.

Contoh makanan berwarna ungu dan biru ialah:
Blueberi
Terung ungu
Kobis ungu
Anggur

Semoga maklumat yang sedikit yang akak kongsi disini memberi panduan kepada kita dalam mempelbagaikan hidangan mengikut warna yang berbeza kandungan khasiat didalamnya. Wallahualam

Hidangkan buah mangga dan buah naga.

Hidangan cili hijau, merah dan kuning bersama kobis ungu dan telur rebus. 

Jemput makan....

#BahPembangunanIndustriTanamanPutrajaya
#JabatanPertanianMalaysia

23 April 2020

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...