Buah tembikai memerlukan air yang mencukupi untuk membesar, malah ia tergolong dikalangan buah-buahan mengandungi kandungan air yang paling tinggi iaitu hampir 92% dari berat buah. Namun sekiranya hujan turun dengan lebat ketika pembentukan buah, memberi impak yang negatif kepada pertumbuhan buah tembikai.
Bekalan air yang berlebihan akibat hujan ketika pembesaran dan pembentukan buah, akan menyebabkan buah tembikai cepat "mengembang". Keadaan ini berlaku kerana pembekalan air melalui xilem berterusan, namun proses transpirasi melalui daun, amat perlahan kerana cuaca yang mendung.
Buah tembikai juga mengalami proses transpirasi. Namun keadaan kulit buah yang tebal dan agak berlilin, proses transpirasi pada buah agak lambat berbanding transpirasi pada daun.
Keadaan ini menyebabkan pengumpulan air didalam buah menjadi lebih cepat berbanding penghasilan gula dalam buah.
Ini menyebabkan buah menjadi kurang manis serta menyebabkan isi buah tembikai berwarna putih disebabkan kandungan air yang tinggi.
Sekiranya hujan berterusan, kejadian isi buah putih akan menjadi lebih besar.
Maka, dalam amalan penanaman buah tembikai, pengairan atau bekalan air pada peringkat akhir penanaman tembikai perlu dikurangkan bagi memastikan buah tembikai dapat meningkatkan peningkatan gula dalam buah sebelum ianya dipetik.
Nyum.....nyum....🍉🍉🍉 😋
#InstitutPertanianTitiGantongPerak
#JabatanPertanianMalaysia
25/11/2020
No comments:
Post a Comment