BALUT BADAN DENGAN PLASTIK UNTUK
KURUS?
------------------------------------------------------------------
Pernah tak ada pengalaman membalut badan untuk kuruskan badan?
.
Untuk makluman semua, akak pernah diberi peluang untuk mencuba kaedah ini suatu ketika dahulu. Maka akak pun ambil peluang ini kot-kot la badan akak akan mengecil selepas itu.... 😂😂😂.
.
Apa yang berlaku ialah, akak akan dibaringkan diatas katil yang dilapisi plastik lutsinar yang besar. Seorang pembantu akan mula membalut seluruh badan akak dengan plastik berkenaan. Berlapis-lapis plastik itu membaluti tubuh akak! 🤭🤭🤭. Akak merasakan diri akak macam mumia hidup je waktu tu! 👻👻👻.
.
Setelah selesai dibalut, akak ditinggalkan terbaring diatas katil. Akak cuba untuk bertenang selama mana badan akak dibalut. Mata akak hanya memandang ke syiling. Setelah berapa lama, akak sudah mula rasa rimas! Rasa panas! Rasa macam lemas kerana kurang dapat udara segar! Akak rasa ingin meronta untuk segera keluar dari balutan tersebut! 😅😅😅
.
Setelah menahan diri dalam balutan yang sudah mula dibanjiri peluh, akhirnya balutan tersebut dibuka! Akak rasa lega sangat-sangat kerana penderitaan akak sudah berakhir! 😁😁😁.
.
Pemilik kedai mengalak akak untuk datang dan membuat rawatan untuk beberapa sesi bagi menurunkan berat badan akak! Akak tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.
.
You all rasa akak ulang lagi rawatan kaedah tersebut? ......Jawapannya TIDAK! 😂😂😂.
Akak tidak mahu didera lagi! 🤣🤣🤣.
.
Untuk makluman, kaedah ini sebenarnya hanya mampu mengeluarkan air dari tubuh kita! Bukan mampu untuk mencairkan lemak dalam badan. Berat kita akan turun kerana kehilangan air dari badan, bukan kerana lemak yang mencair....
.
Mengapa pilih cara susah apabila kita ada kaedah penurunan berat badan yang santai, kan?
Jom akak bantu
www.wasap.my/60195706995/nak_kurus
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#HEALTHisWEALTH
#1stRamadhan2021
No comments:
Post a Comment