KENAPA BERAT BADAN MASIH TIDAK TURUN WALAUPUN BERPUASA?
-------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, akak bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara dibulan Ramadhan ini. Ramai yang merindui bulan ini dimana kita tahu setiap amalan kita akan mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda. Subhanallah, Maha Suci Allah.
.
Akak yakin, ramai juga berharap agar dapat menurunkan berat badan dalam bulan ini. Tapi ramai yang turun sekejap, tetapi naik semula selepas raya. Dan ada lagi yang masih kekal dengan berat yang asal. Paling sadis, berat badan semakin naik! 😰😰😰. Apa sebenar yang berlaku?
.
Ramai diantara kita yang tidak mempunyai ilmu dalam pemakanan. Akak juga begitu suatu ketika dahulu. Di bulan Ramadhan ini, banyak juadah yang terhidang dan ramai yang mengambil kesempatan membeli di pasar Ramadhan. Hidangan air manis pelbagai perisa, kuih-kuih dan pelbagai makanan yang memenuhi meja hidangan.
.
Akak pernah memuat naik maklumat tentang karbohidrat sebelum ini. Kebanyakan makanan karbohidrat seperti kuih muih, nasi, mee goreng akan ditukarkan kepada gula! Ditambah pula pilihan pelbagai perisa minuman manis untuk berbuka! Maka semakin tinggilah gula dibekalkan dalam darah! 😰😰😰.
.
Apabila kandungan gula meningkat dengan banyak dalam darah, insulin akan cuba menukarkan gula kepada tenaga.
.
Kita patut ingat bahawa diwaktu malam, metabolisma kita adalah rendah. Maka, penggunaan tenaga juga rendah! Ini bermakna gula yang ditukarkan kepada tenaga tidak dapat digunakan sepenuhnya! Maka, gula tadi akan disimpan sebagai tenaga tetapi dalam bentuk lemak!!!😱😱😱.
.
Semakin banyak kita makan makanan yang tinggi karbohidrat dan gula, akan semakin banyak lah lemak yang ditempelkan pada tubuh!
.
Ingin akak bantu bagaimana nak kurangkan kapasiti lemak dalam badan ?
Jom www.wasap.my/60195706995/nak_kurangkanlemak
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#HEALTHisWEALTH
#2ndRamadhan2021
No comments:
Post a Comment