Friday, April 16, 2021

INGIN TAMPIL LANGSING BERGAYA DIHARI RAYA?



INGIN TAMPIL LANGSING BERGAYA DIHARI RAYA?
----------------------------------------------------------------
Hi korang...✌️✌️✌️.
Salam Ramadhan dan Salam jumaat. Alhamdulillah, sudah empat hari kita berpuasa. 🥰. 
.
Akak ingin kongsi cara nak cepat langsing bergaya dihari raya nanti! Sebenarnya akak nak bagi semangat ni kat korang, sebab bila korang sudah kurus, pasti korang lebih sihat! Dan yang kurus pulak, korang tak semestinya sihat. Jadi jom jaga kesihatan baik-baik mulai sekarang. 
.
Semalam akak sudah kongsi topik 4 peringkat perubahan yang berlaku dalam tubuh kita apabila kita berpuasa. Korang dah baca ke belum? Kalau belum, baik korang pergi baca sebab apa yang akak tulis hari ni, berkait dengan topik semalam. 
.
Apabila kita berpuasa, tubuh kita akan menggunakan sumber karbohidrat yang tersimpan sebagai tenaga. Gula adalah sumber karbohidrat yang disimpan dalam tubuh. 
.
Jika kekurangan sumber karbohidrat dalam tubuh, barulah lemak yang disimpan akan mula ditukarkan untuk penghasilan tenaga. Ini bermakna, lemak adalah simpanan terakhir yang akan digunakan! 
.
Pada peringkat pertama kita berpuasa (rujuk artikel akak sebelum ini), paras gula dalam darah dan tekanan darah akan turun. Keadaan ini akan menyebabkan pengurangan dari pengeluaran insulin dari pankreas. Dan pengeluaran glucagon akan meningkat dalam tubuh. 
.
Perlu diingatkan bahawa, glucagon hanya akan dikeluarkan apabila kandungan gula dalam darah rendah! 
.
Apa fungsi glucagon ni? Glucagon adalah hormon yang dikeluarkan untuk membantu proses ketosis; iaitu proses pemecahan lemak didalam tubuh! Glucagon ini akan memecahkan lemak untuk menghasilkan tenaga!
.
Semakin banyak glucagon ini dirembeskan dan berfungsi, semakin banyaklah lemak-lemak Kita ditukarkan kepada tenaga. MAKA; kita akan cepat kurus ! 😍😍😍
.
Untuk memastikan glucagon boleh berfungsi dengan baik, kita perlulah mengurangkan kadar pengambilan karbohidrat dan gula ketika berbuka dan bersahur! Elakkan juga makan berlebihan. Sebaiknya kurangkan makanan berminyak dan berlemak. 
.
Semoga tercapai hasrat untuk kelihatan langsing dan sihat dihari raya...
Ingin kekal kurus? Jom akak bantu
 www.wasap.my/60195706995/nak_sihat
.
#Myhealthylifejourney
#TuisyenKurusOnlineAzmanAsma
#4thRamadhan2021

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...