Monday, December 20, 2021

SIPUT SEDUT DARI SUNGAI

Pernah makan siput sedut kan? Nak makan siput sedut ni, kena ada caranya..Seni cara makan yang unik ni sebenarnya menambah nikmat pengemar siput sedut.Siput sedut ni suka duduk didalam lumpur di tebing sungai. 

Masa zaman kanak-kanak, akak, adik-adik dan kawan-kawan akan menyauk siput-siput ini; selut yang melekat pada cengkerang siput tersebut akan dibasuh menggunakan air sungai yang mengalir. Kami adik beradik usung siput bersama-sama balik ke rumah. Berat tu siput-siput tu untuk diusung menaiki puluhan anak tangga!!

Sampai di rumah, kami masukkan siput sedut tadi ke dalam besen yang besar. Kami cuci sekali lagi siput-siput tersebut dengan air yang bersih. Setelah air yang kotor dibuang, kami akan mengisi air bersih ke dalam besen yang telah diletak dengan siput sehingga sama paras dengan siput. Kami turut akan masukkan cili kering dan sedikit garam agar siput-siput tersebut memuntahkan lumpur-lumpur yang ada dalam badan mereka. Selepas itu, kami akan tutup mulut besen tersebut dengan talam yang besar dan ditindih dengan batu yang berat untuk mengelakkan siput-siput tadi memanjat dan keluar dari besen. Mereka akan direndam semalaman. 

Keesokan harinya, kami akan buka dan mencurahkan air yang telah dikotori dengan "muntah" siput-siput berkenaan. Kami bilas dengan air yang bersih. Selepas itu, kami akan mula mengambil siput itu satu per satu dan mula menakik hujung muncung cengkerang yang tajam pada siput sedut. Hujung muncung ini perlu ditakik sehingga mendedahkan sedikit isi siput. Jika tidak, isi siput sukar disedut keluar setelah ia masak. 

Hmmm....Masih teringat betapa sedapnya mak masak siput sedut masak lemak dengan labu. Santan perlu pekat dan menggunakan daun kunyit serta isi kunyit yang segar. Kelapa segar dikukur dan diperah santannya dengan penuh kasih sayang. Akak dan adik-adik akan usung siput sedut hasil masakan air tangan mak untuk meratah diatas pangkin belakang rumah yang dipayungi dengan pokok mempelam yang besar sambil menikmati angin segar yang bertiup dari Sungai Pelus......

Pppeeerrrggghhhh....nikmat sangat.....

No comments:

Post a Comment

APA ITU SONIC BLOOM DAN KESAN KEPADA PERTUMBUHAN POKOK?

Sonic Bloom ialah teknologi yang melibatkan kombinasi gelombang bunyi pada frekuensi yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan produktiviti...