RAMADAN 1: PERUBAHAN PADA TUBUH APABILA KITA BERPUASA
.
Alhamdulillah , hari ini hari pertama kita mula berpuasa dibulan Ramadan. Apa sebenarnya yang berlaku apabila kita mula berpuasa?
.
Ketika kita berpuasa, tubuh secara semula jadi akan menjalani proses menyahtoksik , membaiki dan memulihkan tubuh secara keseluruhan. Namun, proses ini akan berlaku dengan jayanya HANYA apabila kita makan makanan yang sihat dan TIDAK TERLEBIH MAKAN‼️
.
Berikut adalah apa yang akan berlaku pada tubuh kita sepanjang kita berpuasa:
.
💖 PERINGKAT PERTAMA
Beberapa hari selepas kita berpuasa, paras gula dalam darah dan tekanan darah jatuh. Ini adalah peringkat permulaan dan paling sukar tubuh kita akan menjalani proses pembersihan dan proses ini akan menyebabkan kita akan rasa sakit kepala, pening, mual dan lapar.
.
💖 PERINGKAT KEDUA
Pada peringkat ini, tubuh kita sudah mula biasa dengan aktiviti puasa. Sistem penghadaman kita akan mula rehat dan ketika ini tenaga banyak digunakan untuk membersih dan merawat sel-sel. Sel darah putih juga akan menjadi lebih aktif. Organ dalam tubuh juga turut menjalani proses pemulihan dan penyembuhan. Allahuakbar...
.
💖 PERINGKAT KETIGA
Tenaga semakin bertambah diperingkat ini. Minda kita mempunyai kemampuan untuk lebih fokus dan tubuh kita akan rasa lebih sihat dan bertenaga! Kerja-kerja penyembuhan dan pemulihan tubuh adalah lebih baik. Usus, hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit menjalankan kerja-kerja membuang toksik dari tubuh.
.
💖 PERINGKAT KEEMPAT
Tubuh kita menjadi lebih bertenaga. Daya ingatan dan tumpuan kita menjadi semakin baik. Organ-organ telah mula dibaiki dan pulih. Toksik jugak telah dikeluarkan dari tubuh. Alhamdulillah... 🥰🥰🥰
.
Ini adalah sebahagian kecil kelebihan berpuasa.
Akak akan cuba untuk berkongsi maklumat yang lain nanti.
.
Selamat menjalani ibadah puasa...
www.wasap.my/60195706995/nak_sihatkurus
.
#MyHealthylifeJourney
#TuisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
No comments:
Post a Comment