JAMBU EPAL ATAU JAMBU KRISTAL CAMERON HIGHLAND
.
Terkenang pengalaman mak akak yang kebetulan dibawa bercuti di Cameron Highland. Ketika itu, akak melihat bungkusan jambu hijau yang dipegang oleh mak. Akak tidak perasan bila masanya mak memilih buah tersebut.
.
Apabila ditanya, mak bagitahu penjual buah tersebut memaklumkan bahawa jambu itu adalah jambu kristal yang hanya terdapat di Cameron Highland‼️
.
Adehsss... Kesian mak. Meh akak ceritakan cerita sebenar "jambu kristal" atau turut dikenali sebagai "jambu epal" ini.
.
Jambu ini adalah jambu lohan yang mengalami sedikit kerosakan pada bahagian kulit buah. Maka kulit buah ini dikupas bersih dan meninggalkan isi buah sahaja. Bentuk jambu ini akan nampak licin.
.
Buah yang telah dikupas bersih dari kulitnya akan direndam dalam pewarna merah atau hijau. Seterusnya buah ini direndam dengan gula. Dan dipack untuk dijual.
.
Akak cuma nak bagitahu..."Jambu kristal" atau "jambu epal" itu adalah jambu batu lohan yang telah di mekap dengan pewarna merah dan pewarna hijau dan dicelup gula je.......
.
Itu je akak nak kabo ....Sekian..
.
#MyHealthylifeJourney
#TyisyenKurusOnlineNURISHA
#TKOBukanSekadarKurus
.
.
No comments:
Post a Comment